Tuesday, April 14, 2009

sungguh istimewa..

assalamualaikum warahmatullah...

hari ini sungguh istimewa...pelbagai perasaan bercampur baur...ada perkara yang melukakan hati sbenarnya telah berlaku pada hari ini..
namun semua itu, bagai angin yang pergi berlalu begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan cuma sedikit rasa dingin untuk kupelajari sesuatu darinya..

hari ini sungguh istimewa...walau sedikit terluka..namun lebih banyak perkara yg mampu membuat senyumanku kembali terukir..

apa yang membuat kita luka eloklah kita biarkan agar ia akan pergi berlalu tanpa kesan yang mendalam, namun, eloklah perkara yang membuatkan diri ini gembira dicoretkan..

apa yang menggembirakan pada hari ini ialah 6 kawan yang telah lama hilang contact menghubungi diri ini..ada yang sms, call dan ym..Ya ALLah amat kusyukuri persahabatan ini..

bermula dengan sms dari timur tengah..dari teman yang amat dirindui..aiman..sungguh sy sanagt merindui aiman..namun komitmen dan masa terhadap undertakin future menjarakkan kami..walaubgmnpun InsyaALLAH ikatan persahabatan ini masih seperti dahulu n mungkin lebih baik...bait sms aiman berbunyi:
''kekadang hati merintih derita,jiwa menangis sedih, akal mengeluh letih..namun hakikat hidup takkan berubah, yg perlu diubah adalah diri yg menghadapinya..hati memilih jalan, akal memulakan langkah & iman meluruskan arah..moga kasih ALLAH bersamamu..amin..InsyaALLAH...salam rindu"

untuk aiman..moga kasih ALLAh juga bersamamu..amin... n sesungguhnya kurindukan persahabtan kita...

selain aiman..sy menerima sms dr e-pah..shbt ms sekolah menengah..hmm..setelah sekian lama..ingin rasanya diri ini meminta maaf kerana sudah lama x menghubungi e-pah..moga kita semua menjadi orang berjaya di dunia n akhirat..moga ukhuwah ini berkekalan...

dalam kelas ari ni plak..tiba2 dengar bunyi tefon, na tgk skrin tepon n..ATIM..
atim shbt masa skool dulu..huhu..rindunya..tapi apakan daya dalam kelas c.mai..xleh la jawab tefon tu..tapi alhamdulillah..,terasa bahawa hari ini hari yang istimewa, ramai shbt2 yg dirindui hubungi diri ini..

balik kelas..k.ba pula yang masuk ym..kakak yg banyak membantu diri ini pada semester pertama..sungguh cepat masa berlalu..rupanya sudah hampir satu semester kami x jumpa..moga k.ba yang bakal menamatkan praktikalnya nex wik akan berjaya dalam hdup dunia n akhirat..

dan seterusnya..dari k.tka..kakakku yang kukenali di tempat dimana where the journey begin..sms k.tka ni sdey sket..k.tka meminta maaf dan meminta halal setiap sesuatu..agak pelik namun..na menganggap bahawa memang sepatutnya kita dari semasa ke semasa sentiasa memohon maaf dengan sahabat atas apa yang terjadi kerana...kita tidak tahu bila diri ini atau diri sahabat kita kan dipanggil menghadap Ilahi..
namun, untuk k.tka ikatan ukhuawah ini telah menyebabkan diri ini memaafkan andai ada salah dan silap antara kita kerana antara rukun ukhuwah adalah berlapang dada.. dan yang sama kuharap dari k.tka n semua agar sentiasa memafkan diri ini yang serba kekurangan..

dan tegurlah andai ada diri ini secara sengaja atau tidak mengguriskan hati anda semua..
semoga kita semua menjadi insan yang pemaaf....

semoga kita semua sentiasa dalam redhaNYA...

No comments: