Wednesday, April 15, 2009

jom kita...bukan jom bersama masuk zoo..jom kita...

assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah siap sudah buku log pengurusan ko..so, sempatlah rasernya nak tulis seseuatu kat blog ni...

title kali ni jom kita...bukan jom bersama masuk zoo...tapi jom kita sama membuat kebaikan..atau jom kita berlumba-lumba kearah kebaikan...
kenapa entry ni dipilih?

InsyaALLAH setiap yang berlaku disekeliling akan sy cuba kutip sesuatu darinya atau dari peristiwa itu.
Alkisahnya, ada suatu hari masa nak turun bas di kampus, kita kan akan ikut turn nak turun bas, ye lah pintu bas kan kecil macam kapilari darah, at one time satu red blood cell jer yang bleh lalu kan, gitu jugak lah pintu bas dan ruang tengah antara kerusi kiri dan kanan bas, dalam satu masa seorang je bleh lalu..dan yang duduk akan cuba mencelah antara yang berdiri untuk turun..hmm..mungkin sebab kita semua mengejar masa ..jadi terfikir...jeng3x..
terfikir bahawa andai satu hari kita bukan dalam tergesa-gesa, apa salahnya kita memberi laluan pada yang ingin keluar dulu..dah jadi satu kebaikan kat situ..

Apabila fikir-fikir balik kita ni tak berapa banyak buat kebaikan dalam hari-hari kita, menderma pun jarang sekali..lagi-lagi akhir semester ni.. jadi jom lah kita sama-sama menderma, contohnya kepada surau dan sebagainya, walau yang kita dermakan tu sedikit tapi, bukan kuantiti yang dipandang tapi keikhlasan, biarlah berapa pun yang kita dermakan sekurang-kurangnya kita cuba semampu mungkin melakukan amal jariah yang kita tidak tahu masih ada kah peluang untuk kita lakukannya selepas ini..dan jom kita sama-sama berbuat kebaikan , contohnya peristiwa atas bas tu...

selain peristiwa tu, ada lagi peristiwa yang buat saya sedar bahawa memang kita memang banyak sebenarnya peluang untuk berbuat kebaikan..


peristiwa ni melibatkan kawan sekelas sendiri..alkisahnya, semalam saya berpuasa, ditakdirkan saya ke kedai untuk membeli juadah dengan seorang rakan yang ingin membeli makan malam, tengah-tengah menunggu makanan yg dipesan sampai, kawan saya ni telah meletakkan kelapa jelly di depan saya dan katanya "ambillah buat berbuka" ...
memang kita dah biasa ada orang belanja tapi kali ini rasa macam ada sesuatu yang boleh diambil pengajaran kat situ, kawan saya ni telah mengingatkan bahawa bersedekah untuk seseorang berbuka puasa banyak pahalanya...dan dia telah menguatkan lagi hasrat untuk masukkan entry jom kita berlumba-lumba berbuat kebaikan...

Dalam surah Al-Baqarah,ayat 148, Allah berfirman yang bermaksud:
'Bagi semua kaum ke arah manapun mereka menghalakan muka, Dialah juga Tuhannya. Maka berlumba-lumbalah kamu semua mengerjakan kebaikan. Dimana sahaja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu semua.'


ada lagi peristiwa, kali ini moga kita semua dapat ambil sesuatu darinya, juga melibatkan kawan sekeliling dan ia mungkin juga pernah dilakukan oleh saya sendiri.
alkisahnya begini,..
Mungkin disebabkan banyaknya assignment atau dekatnya exam atau apa-apa pun, kita telah menjadi seorang yang lokek senyuman, bukankah senyuman itu sedekah, tak apa sebenarnya kalau kita yang rasa susah untuk memberi senyuman namun, bila ada yang dah senyum kepada kita, cubalah sebaiknya untuk membalas balik, dan jika tidak mampu juga mintalah maaf selepas itu, kerana bimbang yang memberi senyuman terasa hati, dan sy sendiri pun rasanya pernah juga berbuat begitu jadi, pada yang pernah senyumannya saya dengan sengaja atau tidak sengaja tidak balas , maafkanlah dan InsyaALLAH akan saya perbaiki...

Yang paling penting antara cara kita hendak berbuat kebaikan ialah banyakkan bersedekah dengan senyuman...mungkin pahit untuk senyum pada kita itu, tapi siapa tahu senyuman kita itulah yang sangat diperlukan oleh kawan kita yang mungkin pada masa yang sama perlukan sesuatu untuk melegakan hatinya.

semoga kita dapat belajar sesuatu dari setiap yang berlaku disekeliling kita..
belajarlah dari setiap nafasmu..dan syukuri setiapnya...

moga kita semua sentiasa dalam redhaNYA..
wassalam...

No comments: