Monday, April 13, 2009

nur ariff..

assalamualaikum warahmatullah..

nur ariff ..
tersemat kisah kasih pada nama tu..
kisah kasih ALLAHyarham abah yg
meninggalkanku tidak sampai 2 bulan lalu..
pemergian abah pada 20.02.09. meninggalakn kesan yg mendalam dalam hidup ini..
namun peristiwa ini lah yg byk mengajar diri ini untuk menjadi lebih tabah..
lebih menghargai..dan yang paling penting lebih mensyukuri..setiap nafasku..

sungguh amatku syukuri 4o minit terakhir bersamanya..
4o minit yg sgt bermakna dlm hidupku..
aku tiba dirumah tika itu lebih kurang 4 pagi..
dan abah pergi dalam 4.40 pagi..

ada satu kisah yang aku ingin kongsikan disini..
kisah kasihnya ayah pada abah..
ayah merupakan kakakku..
saat abah sakit dialah yg menjaga abah..
dengan penjagaan yang sgt baik..
yg aku rasa aku x mampu lakukannya..
tika abah sedang nazak..ibuku menyatakan semua disisi telah memaafkan abah dan kami redha jika sudah sampai masanya untuk abah pergi.
namun abah bagaikan ada sesuatu yang tersangkut dihatinya ... namun setelah ibuku menyatakan bahawa ayah yang masih lg dlm perjalanan memohon maaf dan ayah juga suruh sampaikan bahawa dia telah memaafkan abah...selepas beberapa ketika abah pergi dengan tenang... terasa bahawa bagaikan abah sebenarnya sedang menunggu ayah..
moga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman..

mek yang kusayang sentiasa..
mek adalah ibuku..
pemergian abah diterima mek dengan sgt tabah...
malah tika abah sakit mek sentiasa disisi..mampukah aku jd setabahmu mek...
dan sekarang setiap yang aku lakukan..insyaALLAH akanku berusaha untuk membahagiakan hati mek..hartaku dunia n akhirat..
akanku cuba untuk berbakti n menjaga hati mek semampu mungkin..
n mek doakanlah kejayaan anakmu ini..
moga impianmu untuk kebaikanku dapat anakmu realitikan..
hakikatnya kita manusia hanya mampu merancang ..hanya Dia yang maha Kuasa menentukan..

moga kita semua sentiasa dalam redhaNYA..
wassalam...

No comments: