Thursday, April 16, 2009

its over...

assalamualaikum warahmatullah...

its over..
apa yang dah tamat@habis tu? kursus bahasa ....

alkisahnya begini,
saya telah mengambil kursus bahasa sejak semester 1 lagi dan ketika itu berhasrat untuk sambung hinggalah tamat semester tiga. Namun, saya rasa cukuplah setakat semester dua sahaja ..
kenapa? haa mestilah ada kisah atau peristiwa...

its over, alhamdulillah setelah 14 minggu berjaya juga saya menghabiskan kursus ni.. sebenarnya kalau diikutkan hati daripada minggu kedua lagi nak drop kursus ni sebab tiada kawan yang sama batch tapi, bila ingat balik tujuan mengambil kursus maka saya decide untuk meneruskan..
hmm...kat sini nak ucapkan ribuan terima kasih kepada faatihah kerana sudi mengambil kursus ini bersama saya semasa semester satu dulu, namun dek kerana kesibukan semester dua saya redha untuk meneruskan kursus ini seorang diri...pengalaman berharga tu ..hehe..

pada minggu awal semester saya masih lagi sangat seronok berada dalam kelas kursus ini, namun pada minggu ke brapa ye saya mulai rasa tidak selesa...
alkisahnya begini, kelas itu mempunyai pelbagai bangsa dan agama... Alhamdulillah kami semua dapat menjadi rakan sekelas yang baik...
namun, pada suatu hari ...pensyarah kami telah berbicara pasal agama dan amalan atau adat dalam agama...sebenarnya saya sendiri pun sudah biasa berbicara pasal agama dengan kaum lain...dan kami dapat bertoleransi...

namun kali ini, telah menjatuhkan semangat saya untuk belajar dalam kursus itu, disebabkan apabila pensyarah bertanyakan pasal persoalan agama dan bercerita dengan cara yang seakan-akan tidak menitikberatkan sensitiviti kami pelajar muslim... sehinggakan ada salah seorang rakan sekelas yang beragama bukan islam yang backup dan mengatakan semua agama ada keistimewaan sendiri...

pada ketika itu, kami pelajar muslim agak tidak senang duduk, ye lah semua orang mesti faham agama yang dianuti. dan saya dan rakan-rakan cuba menjelaskan apa yang dilihat semacam tidak jelas pada pandangan pensyarah itu...dan perkara ini berlangsung selama 2 atau 3 minggu, namun, walau sensitivti kami tercabar kami masih berjaya mengawal emosi untuk menjelaskan dengan baik kerana jangan kita biarkan emosi mengawal segalanya takut nanti apa yang sepatutnya kita jelaskan kepada orang menimbulkan isu ini tidak kesampaian..

sesungguhnya saya masih menghormati pensyarah saya itu dan mengganggap mungkin dia bertanya isu ini kerana dia tidak tahu..
selain itu kerana dia lah tempat saya menuntut ilmu , jadi walau macam mana pun kita mesti menghormati guru kita... dan berharap supaya suatu hari nanti dia lebih sensitif dalam isu agama apabila melibatkan pelajar pelbagai bangsa... sungguh toleransi itu penting... that is apa yang saya dapat pelajari dalam situasi ini...

namun lebih penting saya belajar ialah untuk sabar sehingga kursus tamat, sabar dari drop atau putus asa awal2...perkara sebegini sebenarnya boleh membuatkan kita rasa tidak selesa untuk ke kelas..namun, andai kita give up begitu sahaja, matlamat kita belajar untuk menuntut ilmu Allah ini tidak kesampaian, dan ingat semua ilmu adalah hak Allah, dan seboleh-bolehnya kita tuntutlah ilmu sebanyak mungkin..
dari buaian hingga liang lahad..

rasanya seperti saya tidak pernah menceritakan perkara ini kepada rakan-rakan. ada sebabnya: yang pertama, bimbang kalau-kalau saya telah meburukkan pensyarah itu, dan juga saya bimbang jika ada rakan-rakan yang bercakap-cakap dan boleh merangsang saya untuk tidak menghabiskan kursus ini, dan juga bimbang andai saya bercerita saya give up kerana memang memerlukan kekuatan mental untuk bersabar menghabiskan sesuatu kursus yang mana kita sudah tidak lagi berasa selesa ,menghadirinya...dan memang sikap saya untuk tidak suka mendengar jika ada orang yang bercakap-cakap di depan saya perihal kekurangan sesuatu yang saya sedang ambil..ini adalah kerana apabila kita membuat keputusan, memang kita dapat analisa kelemahan dan kelebihan, jadi apabila sesuatu itu sudah kita putuskan bermakna kita sanggup untuk menghadapi kelemahan itu.

cuma apa yang dibimbangkan ialah kesanggupan kita itu akan luntur apabila ada orang yang bercakap-cakap bukan bersifat membina tetapi mengkritik yang boleh menjatuhkan semangat kita. jadi apa yang dapat dipelajari kat sini..setiap yang kita perkatakan, andai itu kritikan biarlah membina, andai itu teguran biarlah dengan caranya, dan andai itu kelemahan biarlah kena pada tempatnya..agar kita tidak menjatuhkan semangat dan keazaman seseorang. mungkin dia lebih berpandangan jauh dari kita, anda kita rasa tidak, bercakaplah dengan cara baik dengan dia tetapi bukan bercakap-cakap, berbeza tu...

alhamdulillah...kursus itu telah berakhir, bukan bermakna saya tidak akan lagi mengambil kursus itu selepas ini tetapi mungkin lain masa dan lain gurunya, kerana menuntut ilmu itu biarlah berterusan, long-life learning..minal mahdi ilallahdi, dari buaian ke liang lahad...

sekali lagi ingin di highlight kan kat sini... apabila kita berada dalam kalangan bangsa yang berbilang dan berlainan agama, jagalah bahasa kita, perlunya toleransi dalam banyak perkara, supaya kita membawa sesuatu yang baik pada pandangannya, dan jangan kerana kita terfitnah agama...moga kita dapat pelajari sesuatu dari setiap peristiwa dan juga berusahalah dan jangan putus asa mengisi dada dengan ilmuNYA...

hormati guru anda setiap ketika..
moga kita sentiasa dalam redhaNYA...

wassalam.

No comments: