Saturday, April 14, 2012

aku berharap

Assalamualaikum warahmatullah..

Salam muhasabah.

Aku harap,
aku mampu untuk menangis,
kerana air mata ini merayu untuk mengalir.

Friday, April 13, 2012

Tinta 1

Assalamualaikum warahmatullah..

salam muhasabah

Hari ini, sy akan memulakan slot baru dalam blog ini, iaitu slot "Tinta".

Sedikit pengenalan dalam slot ini:
Post pada slot tinta ini, adalah mengenai kata-kata motivasi dari diri saya, khusus untuk diri saya. Namun, jika ia bermanfaat untuk kalian, silalah mengambil pengajaran dari tinta sy tersebut.

Jadi, tinta sulung saya @ tinta 1, adalah ditujukan khas buat sy yang menerima ujian yang agak hebat hari ini.

Inilah tintaku, tinta anak perantau.

"Semangat saya masih belum hilang, walaupun luka disapa duri di perjalanan, saya perantau, punya tekad dan iltizam, takkan saya goyah dengan hadirnya ujian. Jika ingin hidup diredhai, belajarlah meredhai setiap ketentuanNYA.
Belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya."

Sunday, April 8, 2012

buat bakal suamiku

Assalamualaikum warahmatullah.

salam muhasabah,

usia dah meningkat, jadi post juga perlulah berkadar langsung dengan usia, hehe, buat formula matematik pula.

Kali ni, post buat bakal suamiku..

Bakal suamiku,
sungguh aku tidak mengetahui siapkah dirimu.
Adakah aku pernah mengenali dirimu?
Atau dirimu akan kukenali saat akadku,

Bakal suamiku,
jika benar engkau ingin memilih diriku,
untuk menemani jiwamu,
pertimbangkanlah kata-kataku.

Jika hari ini,
engkau ingin memilihku berdasarkan kisah semalamku,
Lupakanlah aku,
kerana kau dan aku,
kedua-duanya mungkin akan terluka,

Jika hari ini,
engkau memilihku berdasarkan siapa aku sekarang,
terpulang kepadamu,
kerana aku yang sekarang,
mungkin tidak sama pada masa depan,
tetapi aku akan berusaha,
hari ini,
aku akan menjadikan kisah buruk semalam,
sebagai sempadan.

Jika hari ini,
engkau memilihku,
dan tertanya-tanya bagaimana aku di hari hadapan,
ianya bergantung kepada bagaimana dirimu,
lihatlah dirimu,
kerana, setelah aku bergelar isterimu,
engkaulah yang akan membentukku,
dan aku akan cuba mentaatimu,
selagi ia menepati syariatNYA.

Jika suatu hari,
kau memang telah bergelar suamiku,
bimbinglah aku dan pimpinlah aku ke jalan syurga,
dan ketika kita mengharungi jalan itu bersama,
bantulah aku menjadi isteri solehah kepadamu,
anak yang solehah kepada ibu bapamu dan ibuku,

untuk itu,
aku tidak ingin meminta melebihi nafkahku,
cuma perkara lain yang aku harapkan darimu,
ialah masamu untukku,
masamu untuk ibu bapamu dan juga ibuku.
kerna, dengan izinNYA, ibu bapamu dan ibu bapaku,
asbab kelahiran kita pada hari ini,
Jadi setelah kita bertemu cinta kita,
janganlah kita letakkan kesabaran cinta mereka di belakang,
berbaiklah dengan mereka,
walau mungkin engkau dan aku akan saling terluka dengan mertua,
na'uzubillahi min zalik,

Kita jadikanlah khidmat bakti kepada mereka,
sebagai tiket kita ke syurga,
kerana aku ingin melangkah jalan syurga dengan pimpinan mu.
Bakal suamiku.

Bakal suamiku,
siapa pun kamu,
pertimbanglah kata-kataku.

Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNYA