Saturday, November 19, 2011

Sekolah agama

Assalamualaikum warahmatullah..

salam sesegar nikmat iman.

Alhamdulillah, keputusan UPSR telah keluar, mak ayah dah hilang debar, anak-anak2 pula bagaimana? risau agaknya ke sekolah manalah mereka akan dihantar nanti.

Situasi pertama;
Ayah: "Adam, ayah nak hantar kamu ke sekolah agama"
Adam : "sekolah agama? habislah, jadi ustaz lah aku pasni"

Situasi kedua:
Ayah: "Ahmad, ayah dah buat keputusan, kamu akan bersekolah di Sekolah Menengah.....(sila tambah apa2 je nama sekolah selain dr sekolah agama yang anda suka). Muktamad"
mungkin itu reaksi-reaksi sesetengah anak-anak sekarang apabila ibu bapa mereka ingin menghantar mereka ke sekolah agama.
Ahmad: "Ala, sy suka tgk rancangan Adik di TV1,saya nak jadi mcm mereka, petah bercakap mengenai agama"

situasi ketiga :
"Ayah ikut suka kamu je, kamu nak pergi sekolah mana, sekolah agama ok, SMK pun ok, yang penting kamu sekolah"

Bicara kita yang sudah melepasi alam persekolahan.. pada situasi manakah kamu dulu?

Post kali ini, buat ibu bapa, anak-anak yang fobia, x kisah atau takut dengan sekolah agama.

Ada ibu bapa yang fobia dan takut dengan sekolah agama. Pesan saya, jangan takut. Mungkin ada desas desus mengatakan sekolah agama politiknya lebih banyak drpd pembelajaran. Saya bekas pelajar d salah sebuah sekolah agama, kami belajar ilmu agama, bukan ilmu politik. Apa yang anda dgr hanyalah propaganda semata-mata.

Ibu bapa yang mulia,
sebagai bekas pelajar sekolah agama, saya akui, semasa sekolah dulu, walaupun berada di sekolah agama, saya pun nakal juga, banyak salahnya, kawan-kawan lain pun banyak yang bermasalah. Sampaikan saya juga pernah terfikir, sekolah agama ke, sekolah biasa ke, sama sahaja.

Namun, apabila saya sudah dewasa, saat saya mula memahami pentingnya ilmu agama, saat saya mula tahu bagaimana menggunakannya, saya bersyukur dihantar ke sekolah agama, dan sekarang saya mampu mengatakan, tak sama sekolah biasa dan sekolah agama.

Subjek banyak?
Ibu bapa mungkin risau, anak-anak kalian tidak mampu untuk 'catch-up', jumlah subjek yang banyak di sekolah agama, tetapi alhamdulillah, saya dan kawan2 saya, telah berjaya melepasi zaman persekolahan dengan jayanya. Jauh dari takbur dan riak, cuma mempelajari ilmu agama itu InsyaALLAH dipermudahkan. Biarlah anak-anak kita disibukkan dengan masa yang berkualiti mempelajari agama berbanding rehat yang banyak tetapi terisi dengan perkara-perkara yang melalaikan.

Menghafal?
Ibu bapa yang penyayang, saya akui, berada di sekolah agama memang kena banyak menghafal, tetapi percayalah, inilah antara pendidikan yang terbaik, mendidik minda anak-anak2 untuk mengingati dalil-dalil kekuasaan ALLAH, memahami keindahan makna Al-Quran dan mengenali sejarah Islam yang menjadi tulang belakang identiti kita hari ini. Semuanya kelihatan berat dahulu, tetapi, cabarlah jiwa anak remajamu, biarkan dia tegar menghafal ilmu-ilmu ini tatkala sel-sel otaknya masih mampu untuk megingat banyak perkara berbanding apabila usia mereka sudah seusia kita.

Exam oriented? Berteraskan peperiksaan?
Ibu bapa yang bijak, sekolah mana yang tidak berorientasikan peperiksaan. Pengalaman saya di sekolah agama, saya juga pernah merasakan yang sama, kerana sekolah mana pun di Malaysia ini, sistem pendidikannya begitu. Tetapi, di sekolah agama, saya dapat lebih dari itu. Cara pengajaran ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah, terasa ada kelainannya, terasa ada tanggungjawab yang kami harus pikul sebagai seorang Islam, terasa menuntut ilmu itu suatu kewajipan.

Suasana?
Jangan risau ibu bapa sekalian,
Suasana di sekolah agama, insyaALLAH ada bezanya. Pada saya, nakal pelajar-pelajar, fokus pelajar-pelajar memang berbeza. Selebihnya, ibu bapa, bertanyalah pada mereka yang lain yang sudah berpengalaman belajar atau mengajar di sekolah agama.

Ibu bapa,
fikirlah yang terbaik untuk anak-anak. Biarlah keputusan kalian adalah dengan petunjuk dari ALLAH. Istikharahlah dan jangan putus berdoa untuk membuat keputusan yang terbaik. Ingatlah, anda menyekolahkan mereka hari ini, bukan untuk kejayaan mereka di dunia semata, tetapi untuk akhirat mereka juga.

Ibu bapa yang mulia, ingatlah anak-anak adalah antara penyelamat kita semasa kita keseorangan di barzakh nanti. Didikan yang kepada anak yang baik, mungkin akan membolehkan mereka sama-sama membawa kita ke syurga nanti.

Fikirkanlah yang mana yang baik untuk anakmu, iringi doa walau di mana mereka berada.

Jadikan ini pelaburan dunia dan akhiratmu.

Terima kasih ALLAH menjadikan saya sebagai pelajar sekolah agama.
Terima kasih mek dan abah, menghantar saya ke sekolah agama.
Terima kasih guru-guru di sekolah saya.
Terima kasih kepada mereka yang membenarkan saya berpraktikal di sekolah agama.

Experience is the best teacher.

belajarlah dari setiap nafasmu, dan syukuri setiapnya.
sekian, wassalam.






No comments: