Friday, March 9, 2012

Maafkanlah diri ini, wahai sahabatku tersayang..

Assalamualaikum warahmatullah..

Buat Noor Aini Binti Jaafar, sahabatku yang tersayang, maafkanlah diri ini, kerana membawa rajuk ini berpanjangan. Ku Akur, ego ini yang terlalu tinggi, menyebabkan kata maaf tidak diiringi dengan sikap keterbukaan, sehinggakan maaf sahaja yang diberi tetapi hati masih mengenangkan peristiwa itu. Alhamdulillah, pemergian adinda fatini dan adinda hidayah tersayang, menyedarkan diri ini bahawa tidak cukup menghargai harta bernilai yang dimiliki sekarang, iaitu sahabat kerana ALLAH.

Maafkan juga, kerana mesej aini tersayang, tidak berbalas sepanjang rajuk ini. Astaghfirullahal 'azhim, jika difikirkan kembali, apa yang berlaku hari itu adalah takdir ALLAH dan ujian dariNYA. Rupa2nya, diri ini telah gagal dalam ujian ini. Hikmah kegagalan itu, hari ini, diri ini lebih menghargai kehadiranmu sahabatku.

Tidak tahu kata maaf bagaimana lagi yang lebih sesuai aku pohon darimu sahabatku.. kerana diri ini seperti tidak layak untuk digelar sahabatmu, kerana seorang sahabat yang pernah berjanji untuk senang dan susah bersama, tidak akan terlalu terluka kerana calar yang sedikit.

Maafkanlah na, wahai aini tersayang, maafkan na, maafkan na.

wassalam warahmatullah.