Wednesday, December 23, 2009

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah kerana na masih lagi diberi kesempatan untuk menulis dalam ladang dakwah ini..

Lebih kurang seminggu lagi, semester baru akan bermula, dan InsyaALLAH esok, khabarnya keputusan peperiksaan semster 1 2009/2010 akan keluar..

sesungguhnya macam mana pun keputusan yang bakal kita terima esok, terimalah dengan hati yang redha kerana tinggi atau rendah, hanyalah sekadar kuantiti untuk menguji kualiti iman kita...

Tadi ketika berimam dengan salah seorang sahabat untuk solat zohor, na dapat mengambil doa yang sangat penting untuk kita di saat yang mendebarkan ini. doa untuk tidak tergoyah iman untuk bangga andai keputusan esok adalah baik dan andai kurang baik, seharusnya kita berdoa agar janganlah kita putus asa dalam menuntut ilmuNYA...

Mengambil hadis Rasulullah S.A.W:
" Ballighu 'annii walau bil ayah"

Yang bermaksud, "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat".

Suka na untuk berkongsi ilmu yang dapat dikutip dari 3 hari yang belalu selama berkampung di Bengkel Pemantapan Rakan Penggerak Ad-din ini...

Semasa ceramah semalam, penceramah Ustaz Dusuki Abdul Rani ada memberitahu bahawa, janganlah kita menyayangi makhluk ALLAH melebihi sayang kita kepada ALLAH. Kata ustaz, andai sayang kita kepada makhluk ALLAH itu melebihi sayang kita kepada ALLAH, maka, kita akan diuji dengan apa atau siapa yang kita sayang itu ...

Memang benar, kadangkala kita tidak sedari bahawa sayang kita pada ibu bapa kita, sahabat2 kita, jawatan-jawatan kita melebihi sayang kita kepada ALLAH...

Namun, pada pandangan na, kita harus yakin, InsyaALLAH andai kita menyayangi ALLAH melebihi makhlukNYa insyaALLAH ALLAH akan permudahkan usaha kita untuk menyayangi apa atau siapa yang kita sayang itu.

Suka juga untuk na memetik ilmu yang na dapat daripada Ustaz Zamri Shafik dalam sesi pembentangan kertas kerja buku modul Rakan penggerak Ad-din bahagian yang ditulis oleh beliau.

Ustaz ada menyatakan bahawa Rukun Taubat ada 3:
1.mengakui kesalahan kita
2.Membuang kesalahan itu dari diri
3. Menyesal dan melafazkan taubat.

sahabat, rajin2lah kita menunaikan solat taubat, kerana kita tidak tahu bila penghujung nyawa kita, andai ianya dekat bimbang kita tidak sempat untuk memohon ampun.
dan kita tidak harus lupa bahawa azabNYA amatlah pedih. Semoga taubat yang kita lakukan diterimaNYA dan kita istiqamah dengan taubat kita..
Sama-samalah kita berdoa dan memohon ampun dari ALLAH.. Kerana ALLAH itu maha pengampun..

Sekadar itu sedikit perkongsian ilmu yang telah na dapat kutip dari bengkel in, semoga jari ini masih diberi kekuatan untuk sama-sama menyeru ke arah kebaikan.

Salam Muhasabah..

Belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya..

Moga sentiasa dalam RedhaNYA..

wasssalam

Monday, December 21, 2009

aku memohon dalam sujudku padaMu...

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, di petang terakhir untuk dekad kedua hidupku ini, aku masih diberi kesempatan untuk mencoret sedikit muhasabah diri yang InsyaALLAH akan melahirkan aku yang baru.

InsyaALLAH andai mengikut tahun masihi dan jika diizinkannya, esok 22 disember 2009 genaplah umur aku 20 tahun. Namun, jika mengikut tahun Hijriah, umurku sudah hampir mencecah 21 tahun...

Pelbagai perasaan memikirkan umurnya yang semakin yang semakin menginjak puluhan..
Pelabagai harapan tercoret....
Namun, lebih penting , muhasabah diri mengenai persoalan amal menggenangkan air mata...

Kucoretkan sedikit muhasabah dan azam yang diilhamkanNya..

Sebagai hamba ALLAH:
Muhasabah mengenangkan taklifanku sebagai hamba ALLAH menyebabkan mataku tidak mampu mengekang sang air mata dari mengalir membasahi pipi...
Hampir 20 tahun berlalu, namun, kurasakan amalku tidaklah seberapa,
mampukah amalanku selama 20 tahun ini memberatkan Mizan DIa yang maha Esa mengatasi timbangan dosaku..sedangkan aku sedar, doasaku bagaikan pepasir yang memutih....
Persoalan demi persoalan...
Tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumiNya ini, sudah berjayakah aku laksanakan?
Bagaimana dengan syukurku pada segala nikmat yang diberikan?
Bagaimana dengan taubatku?
Muhasabah pada kali ini sangat bermakna Ya ALLAH,
aku terasa bagaikan sekarang juga aku ingin bersujud kepadaMu,
memohon dalam sujudku padaMU, ampunilah aku, dosa-dosaku,
berikanlah aku kekuatan untuk menjadi hambaMu yang lebih baik..

Keresahan hatiku hamba yang berdosa ini sedikit ditenangkan mengenangkan sifat ALLAH
Allah itu maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Allah berikan kita peluang untuk berdoa dalam surah Alfatihah sebanyak sekurang-kurangnya 17 kali sehari... agar kita tidak lupa bahawa kepada Dialah tempat kita menyembah dan memohon pertolongan.
memetik terjemahan ayat 5 dan 6 surah Alfatihah:
"Hanya Enkgkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (5) Tunjukkanlah kami jalan yang Lurus (6)".

Juga mengambil pengajaran dari surah al-baqarah ayat 284 yang bermaksud:
"kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya ALLAH akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu. Maka ALLAH mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan memperbaiki diri sahabat2ku, agar kita sentiasa dalam redhaNYA.



Tidak mampu untuk dicoretkan semua yang ada diminda ini,
cuma yang penting untuk kita ambil pengajaran bersama:

sebagai anak:
Tentu sekali, setiap hari dan setiap masa, aku mendoakan agar ibu bapaku sentiasa dalam redhaNYA...
dan andai aku mampu, senantiasa aku ingin memohon maaf daripada keduanya andai aku bukanlah anak yang baik, andai aku tidak mampu menunaikan harapan ibu bapaku..
Namun ketahuilah ayah bonda bahawa anakmu ini sedang cuba yang terbaik untuk menjadi anak yang solehah yang supaya doaku mampu menyelamatkan ayah bonda nanti.
Anakmu ini juga sedang mempersiapkan diri untuk berkhidmat kepadaMu...
Agar susumu ibu, juga keringatmu ayah untuk mebesarkanku bukanlah satu pembaziran..
****
Doakan aku mek... dan abah..doaku senantiasa untukmu...
***

Sebagai adik dan kakak..

Jasamu kakak2 dan abang tak akan aku lupa,
dan andai dizinkanNYa... aku akan cuba untuk mebalas budi kalian membantu mek dan abah dalam membesarkan ku...
andai ada di antara kita yang merasa jauh...
Ingatlah na sentiasa sayang anda semua..
semoga silaturrahim kita erat hingga ke syurga...

dan adik2ku..
aku bukanlah kakak yang terbaik,
namun InsyaALLAH, k.na akan cuba menjadi teladan yang baik untuk kalian,
andai ada k.na meninggikan suara dengan kalian, atau terkasar bahasa..
maafkan ye dik...
doakan kan k.na..
dan doa k.na semoga kita semua adik-beradik berjaya dunia dan akhirat..



sebagai teman:

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji serta mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu..(Jika Engaku mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."


Zaman persekolahan yang berlalu, matrikulasi dan sekarang universiti,
mempertemukan aku dengan teman-teman yang kuharapkan sentiasa dalam redhaNYA..
Teman-teman, andai aku bukanlah sahabat yang terbaik pada kamu, yang tidak mampu mengajak kamu kearah kebaikan serta mengingatiNya maka tegurlah kesilapanku itu..
sesungguhnya aku akan cuba untuk menjadikan teman yang terbaik, agar kita semua tidak tenggelam dalam noda dunia..
dan andai amalanku kurang, atau perlakuanku menyinggung perasaan dan menyalahi pada matamu, tegurlah aku, agar aku mampu memperbaiki diri untuk menjadi teman yang terbaik untuk kalian..
semoga ukhuwah kita mampu untuk menghadirkan diri setiap antara kita dalam doa masing-masing..
dan InsyaALLAH, doaku untukmu teman-teman...

Semoga muhasabah dan usahaku untuk memperbaiki tidak terhenti setakat hari ini...
kerna aku sedar bahawa aku hamba yang lemah.. yang sentiasa melakukan kesilapan..
dan hakikatnya, kita semua perlu sentiasa bermuhasabah untuk kita sentiasa memandang ke hadapan dan tidak mengulangi kesilapan silam...

Ya ALLAh tetapkanlah aku di jalan Mu..

sesungguhnya kita hanya merancang,
Allah yang menentukan...

Salam muhasabah...

Beramallah umpama kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah umpama kamu akan hidup seribu tahun lagi...

belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya..

semoga sentiasa dalam redha ALLAH

wassalam..

Saturday, November 14, 2009

cukupkah?

Assalamualaikum warahmatullah...

lama sudah saya x masukkan entry berbentuk muhasabah... dengan masa yang terluang hampir dua hari sepatutnya sudah pelbagai entry saya dapat masukkan.. namun baru hari ini, tangan terasa tergerak untuk menaip sedikit pesanan dan muhasabah untuk diri dan semua..

semalam, saya ada membaca blog naqibah usrah saya, k.ja.. tertulis dalam blog itu perkara yang dia agak selalu sebutkan dalam liqa' bersamanya.. " “ kamu umpama membunuh pengunjung kamu bilamana kamu meninggalkan medan penulisan ini”.. menunjukkan betapa medan penulisan penting dalam meneruskan misi 'amar ma'ruf, nahi mungkar yang sepatutnya dijalankan oleh semua yang bergelar muslim..
namun saya sendiri, sudah lama layu dalam bidang penulisan, baru kaki gagah untuk bertatih, namun, jiwa leka dek selesanya apabila duduk, begitulah analoginya...

hari ini saya membaca blog2 sahabat2... terasa gentar hati apabila membaca peringatan2 yang sahabat2 titipkan dalam blog masing2.. Ya Allah, aku memohoon keampunan darimu.... terima kasih sahabat2 yang memberikan peringatan, semoga ilmu yang anda semua sampaikan dalam blog2 anda akan menjadi amal yang membantu saat nafas ini bukan lagi milik kita....

suka untuk saya mengambil sedikit tulisan dari blog ustaz zulkhairi...
"
Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah, saya ada pesan kepada diri saya. Saya sebutkan kepada rakan seusrah, “Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya bermasalah dengan Allah.”

Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia.

“Kenapa begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya. “Ini kerana Allah benci kepada pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”
http://dzulkhairi.blogspot.com

doakan agar jari ini tidak lemah dalam memberikan peringatan pada pemiliknya dan juga sahabat2...

erm.... cukupkah zikir kita? Ya ALLAH, ringankanlah lidah kami dalam berzikir kepadaMu..

belajarlah dari setiap nafasmu, dan syukuri setiapnya...

wassalam



Monday, October 19, 2009

rindu bakal bermula esok...

Assalamualaikum warahmatullah

Rinduku dan mereka yang merasakannya akan bermula esok. Hari ini adalah hari terakhir syawal untuk tahun ini. syahdu rasanya, bukan kerana habis sudah bulan untuk beraya. namun memikirkan masihkah sempat untuk aku bertemu syawal lagi.

Terkilan rasanya apabila memikirkan hari ini 30 syawal. terkilan kerana aku tidak sempat menyempurnakan puasa 6 hari di bulan syawal tahun ini. Jika dikirakan, jika sempurna puasaku hari ini, maka puasa syawal ku untuk tahun ini hanyalah 5 setengah hari..

Lagi setengah hilang, kerana kurangnya rasa sabar dalam diriku tatkala berpuasa. Aku berpuasa separuh hari, dengan alasan kurang persediaan untuk berpuasa dan 'dehydration' . Sepatutnya aku yang bercita-cita untuk menjadi srikandi Islam ini tidak mudah mengalah dik godaan dari syaitan laknatullah untuk tidak menyempurnakan puasa ku pada hari itu..
Kini, hari ini, saat ini, aku benar-benar merasakan tafsir ayat dalam surah Al-Asr yang bermaksud, " Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran".

mungkin ini ujian buatku, aku selalu juga menasihati teman2ku agar bersabar.. namun untuk berpuasa setengah hari lagi pun, aku tidak mampu untuk terus bersabar.. Ya Allah ampunilah aku..kuatkanlah aku..

Namun, aku rasa bersyukur, kerana dengan izin ALLAH, Dia telah memberikan kesedaran dek kesilapanku ini...

dan aku harap, masih ada syawal untukku pada masa akan datang, kerana, walau esok syawal bakal pergi, hari ini aku sudah mula rasa kerinduan pada bulan yang mulia ini...


Ya ALLAH berikanlkah daku kekuatan, untuk lebih dekat kepadaMU dalam mencari redhaMU...

Belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya...

Alhamdulillah..

wassalam

Sunday, October 11, 2009

kata kakak iparku..

assalamualaikum warahmatullah...

sedang melihat- lihat pemandangan dari jendela library ni, tiba-tiba aku tersedu....

teringat la pulak kata kakak iparku..pada suatu hari tika aku tersedu...katanya aku macam arwah abah, selalu tersedu...terutama selepas makan...
aku terfikir hiknahnya, mungkin dengan tersedu yang aku hampir selalu hadapi selepas makan ni akan membuatkan aku anak yang tak akan lupa pada arwah abah...

entahlah..sedih rasanya...arwah abah pergi meninggalkan ibunya yang sedang sakit di rumahku...dan apabila melihat nenekku yang sedang sakit di rumah...terbayang pulak saat-saat akhir bersama abah dulu..
melayan karenahnya tatkala dilanda bayangan-bayangan yang bukan-bukan...

bukanlah nak mengembalikan ingatan yang sedih, tapi dua tiga hari ini, aku asyik termimpikan keluarga di kampung..mimpi yang sdih2..hinggakan selepas terjaga sekalipun, air mata ini masih hendak rasa berderai...

tapi aku kuatkan diri ini, meluahkan kerinduan ini padaNYA, menyatakan keresahan padaNYA....

sesungguhya, kehilangan abah walau sudah berbulan berlalu, namun, masih lagi terasa bagai semalam,..
hikmah disebalik kehilangan itu....aku amat menghargai ahli keluargaku, mereka yang berada di sekelilingku, terutama mekku..

dan itulah sebabnya, aku memilih untuk datang lambat selepas cuti raya yang lalu...
sebab, ingin menolong mek @ mak untuk menjaga nenekku yang sakit..
seriuskah sakit nenekku?
hmm..entahla, nenekku menghidap kanser kulit...dan baru dua tiga hari lepas, bondaku mengkhabarkan dari kampung, bahawa nenekku tidak sedarkan diri..

tatkala menerima khabar itu, entahlah apa yang aku rasa, cuma yang pasti, rasanya hampir sama dengan tatkala aku menerima panggilan bahawa arwah abahku tidak sedarkan diri dulu.. maka dengan tindakan yang sama macam arwah abah, dari jauh aku hadiahkan yaa siin...

di dalam hatiku ketika itu, mampukah aku menerima kehilangan kedua tahun ini, ditambah pula dengan kebimbangan, kuatkah ibuku untuk melihat dua insan tersayang pergi depan matanya... dan aku terus panjatkan doa agar dipermudahkan bagi yang terbaik dan dikurniakan hati yang tenang..

dan alhamdulillah, pada petangnya, nenekku sudah mula stabil balik...
namun, sejak ramadhan hari itu, sehingga lah hari ini...
aku paling sedih untuk bercakap dengan ibuku, mungkin dek keletihan yang melampau, pada awal ramadhan yang lalu, ibuku telah mengalami demam dan selsema yang agak teruk,...ya aku bersyukur kerana ibu telah sihat, namun, ada satu yang masih x berubah, suara ibuku menjadi serak sehingga ke hari ini...
risau tatkala menelefon ke rumah...
walaubagaimanapun, aku yakin padaNYA..dan akan ku teruskan beroda agar ibuku dalam keadaan sihat wal-afiat sentiasa...
dan berikanlah aku kesempatan untuk berkhidmat kepada ibuku ya ALLAH..

pernah hari itu..temanku ada memberitahu bahawa dia nampak aku semakin jauh, tidak serapat dulu... tidak sekuat dulu dalam berjuang.. entahlah apa yang harus aku katakan..
namun yang pasti, aku masih cuba untuk menjadi seperti dulu dan mengharungi ujian2 ini dengan tabah, andai dengan kelekaan aku menjalani hidupku seharian membuatkan dirimu mersa aku telah jauh darimu sahabat, maka aku pohon jutaan kemaafan...
tapi untukmu sahabat, aku masih mampu tersenyum bukan?..dan aku besyukur dengan kemampuanku ini...

bukanlah niatku untuk menjauhkan diri, tapi dalam usahaku untuk mengutip butir2 ketabahan ini, mungkin aku leka dalam tanggungjwabku sebagai sahabat kepadamu,,, menegur kesilapanmu, menziarah bilikmu... berikanlah aku sedikit waktu..dan aku akan cuba memperbaiki semula ukhuwah kita...

maafkan salah dan silap diri ini

semoga sentiasa dalam redhaNYA

belajarlah dari nafasmu dan syukuri setiapnya..

wassalam

Friday, October 9, 2009

first year memory...

assalamualaikum warahmatullah...

hak cipta teh...




belajarlah dari setiap nafasmu..
dan syukuri setiapnya..

wassalam
semoga kita semua sentiasa dalam redhaNYA..

Saturday, October 3, 2009

awak yang berjeans biru.. berbaju pink..meh kejap..

assalamualaikum warahmatullah

post ni, untuk sape2 yang berkenaan...

awak..awak..ye betul awak yang berjeans biru ..berbaju pink..meh sini kejap....
Pernah tak ada orang bagitahu awak..seluar awak ketat? baju awak pun kecik... apa? xpernah?

ni saya nak bagitahu awak..terus terang...seluar awak ketat...baju awak pun...
apa? suka hati awak lah nak pakai macam mana ye? abis suka hati saya la nak bagitahu yang pakaian awak x cantik dipandang, x memenuhi syariat, risau kalau awak secara x sengaja, mendorong lelaki mengadakan pandangan kedua..kesian mereka...

apa? suka hati awakla badan awak?
jadi takpe lah, suka saya la nak cakap apa, mulut saya...tapi sebab mulut ni mulut saya lah saya cakap, takut nanti terkelu bila ditanya, kenapa x ditegur saudara yang seperti awak...
risau..takut awak memang tak tahu yang baju awak ketat..

apa? saya melampau? saya jaga tepi kain orang?
awak..tadi suka hati sekarang melampau..ingatkan bila hati kita suka ni, kita boleh apa saje.. macam awak..rupanya awak pun tahu istilah melampau ye..
em agaknya, awak pakai ni x melampau?.. ketat sampai salur darah awak pun jelas berbekas pada seluar...ni sy cakap berlapik lagi ni..tak nak la sy deskripsikan dengan contoh *^$^$^#^%E$ ..yang x baik untuk dibaca...
saya bukan nak jaga kain orang, awak pun pakai seluar, bukan kain, saya nak jaga mata pelajar2 kat sini... depa nak exam x sampai sebulan lagi..kalau hari2 sepanjang sem duk tengok secara x sengaja dengan pandangan pertama. dan terpanggil dengan pandangan kedua,, tak ke kabur minda...
lagi satu bukan nak jaga tepi kain orang..tapi itulah, kita ni kan satu malaysia, kena saling tolong menolong, tegur menegur..kalau xleh terima kena tegur,... awak ni 1 seorang n alone la... ...


eh eh..da azanla..
ingat ni..
kasar macam mana saya tegur awak..
satu je sebab nye..
yang lain tu tipu je,
sebab awak saudara saya..
inni ukhtiki fil islam...

nanti kita sambung balik kalu sempat insyaALLAH..
eh, awak nak kemana tu..

jangan merajuk lu,, meh semayang lu meh...

to be continued...

wassalam..
belajarlah dari setiap nafasmu, dan syukuri setiapnya..

jawapan untuk soalan2..

assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah dapat juga saya curi2 masa yang ada untuk menulis entry kali ini bagi menjaawab beberapa persoalan yang diterima dari teman...

soalan 1: macam mana raya?
jawapan: raya tahun ni x macam biasa..kehilangan masih terasa..silap, sangat terasa..that is all about my raya...

soalan 2: kenapa tak balik awal ke upsi cuti raya hari tu?
jawapan: bakti anak pada ibu.

soalan 3: kenapa macam senyap (jauh je sekarang)
jawapan: ...K.I.V

soalan 4: apa masalah na?
jawapan: la, saya bermasalah ke? kalau ye apa masalah saya? lepas ni, sape2 yang rasa saya bermasalah..bleh bagitahu direct, x payah pakai orang tengah... saya cuba memahami...

soalan 5: kenapa ni?
jawapan : terkilan...

soalan 6: dengan sape?
jawapan: ......................

soalan 7: penyelesaiaannya?
jawapan: saya akan muhasabah diri saya balik... dan sebelum tu. sesiapa yang saya ada tersalah kata, tersilap laku...maaf la yer.. tegurlah kalau rasa perlu.. insyaALLAH, saya akan muhasabah balik...

soalan 8: akhir kata?
jawapan: semoga sentiasa dalam redhaNYA...

belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapNYA
wassalam...

Wednesday, September 16, 2009

InsyaALLAH best

assalamualikum warahmatullah..

nak kongsi lagu...

InsyaALLAH best bagi sape2 yg ada pengalaman macam ni..

rindu pada Masjid KMK membuak2...


Sepotong Episode (masa lalu)
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com


sebuah kisah masa lalu hadir di benakku
saat kulihat surau itu
menyibak lembaran masa yang indah
bersama sahabatku

reff:
sepotong episode masa lalu aku
episode sejarah yang membuatku kini
merasakan bahagia dalam diin-Mu
merubah arahan langkah di hidupku

setiap sudut surau itu menyimpan kisah
kadang kurindu cerita yang
tak pernah hilang kenangan
bersama mencari cahayamu

reff
intro
reff




wassalam
belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya...

Sunday, September 13, 2009

adik tokse nombor satu

assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah selesai sudah satu lagi majlis ilmu anjuran LPS KUO...
Majlis Ceramah Badar Kubra namanya... penghayatan di sebalik peperangan Badar...
disampaikan oleh ustaz Anhar Bin Opir...

Dalam ceramah ustaz ada sebutkan, antara pengajaran di sebalik peperangan Badar ialah, bermesyuarat.. dimana Nabi Muhammad S.A.W bertanyakan pendapat sahabat sebanyak empat kali sehinggalah seorang Ansar bangun dan menyatakn pendapat beliau...

Selain itu, ustaz ada juga menceritakan bahawa pengajaran di sebalik peristiwa Perang Badar termasuklah juga mengenai adab memberikan pendapat. Yakni tidak terlalu cepat memberikan pendapat, seperti mana yang seorang sahabat yang memberikan pendapat setelah mendengar pendapat Nabi Muhammad S.A.W.

Ustaz ada juga menyentuh mengenai Qisas, bahawa ada dua pilihan bagi keluarga yang ahli keluarganya terbunuh, yakni membunuh balas atau meminta diah.. lalu ustaz sambung lagi dengan pengalaman beliau berceramah di satu masjid...

kata ustaz "ada seorang jemaah apabila ditanya, kalau diberi pilihan untuk dibunuh balik atau membayar diah mana satu yang nak dipilih?" maka, jawab si jemaah tersebut " saya nak pilih yang pertama ustaz" .. maka ustaz bertanya lagi... "kenapa?" maka jawabnya, " kerana ibu bapa saya selalu menyuruh untuk medapatkan yang pertama".. sebab nombor rupanya....

saya yang mendengar ceramah ustaz, tiba2 teringat kat anak saudara saya, danisha atau nama panjang beliau nur danish syaza maisara....

danisha atau nisha atau adik ni dulu pernah ditanya.." adik, kalau dekat sekolah nak dapat nombor berapa?"

maka jawab nisha" adik xse ( x nak) nombor satu"

nisha ditanya balik " bakpo (kenapa) dik x se nombor satu"

maka jawab nisha " sebab kalau kipas, nombor satu perlahan, adik nak nombor tiga, macam kipas, nombor tiga baru laju".... hmmm sebab kipas rupernye....

berdasarkan cerita ni.. rindu rasanya telatah anak-anak sedara cikna nih...

n baby akim yg dah balik kampung dia kat johor..
doa cikna moga akim akan menjadi anak harapan ayah bonda...
penyeri dunia dan akhirat....


hmm..
setakat ni lah dulu...

moga kita sentiasa dalam redhaNYA

belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya...

wassalam,,

Saturday, September 12, 2009

ni nak promote tulisan aishah.

assalamualaikum warahmatullah...

ni ada sambungan cerita ngan prof supli..

tapi ni kwn sy yg tulis..
dia da tulis dengan jalan cerita yg sgt menarik..
pengalaman kami..

bacalah yer..

CERITA ECAH

wassalam..

Thursday, September 10, 2009

cuba dengar last part

Janganlah kita menjadi muslim yang mengasingkan hidup daripada peraturan ALLAH..

Monday, September 7, 2009

awak da baca da?

assalamualaikum warahmatullah..

Awak da baca da? soalan yang selalu ditanya bila nampak kawan kita pegang novel baru..

Namun, hari ini ubah pulak soalan tu kepada: awk da baca da? apa? Al-Quran..

Bersempena dengan Nuzul al- Quran ni, mari lah kita refleks balik...jap22...Nuzul Quran? bila?..
la cik kak oi, yang kita cuti ari ni bersempena nuzul Al- Quran la... oooohhh.. ok..

Bersempena Nuzul al-Quran ni jom kita refleks balik, sudahkah kita baca Al-Quran pada hari ni? semalam? dua hari lepas?

Ada yg jawab oh,, da baca da subuh tadi (alhamdulillah)
ada juga yg jawab, da baca da semalam..hari ni insyaALLAH
ada yg yg jawab, hari tu da baca da..nanti2 lah... (na'uzubillah,,,mungkinkah ada nanti lagi untuk kita?)

Al-Quran merupakan Mukjizat ALLAH kepada Nabi Muhammad S.A.W dan kita umatnya tersangatlah rugi jika tidak menjadikan membaca Al-Quranul karim sebagai amalan.
sedangkan setiap huruf yang dibaca, ada ganjarannya, apa lagi setiap perkataan dan setiap ayat...
sudah cukupkah pahala amalan kita sehinggakan kita memandang remeh soal membaca AL-Quran..?

Bersyukurlah kita kerana AL-Quran dipelihara ALLAH dari dicemari ayat2nya dari dicampuradukkan oleh tangan manusia kuffar.. namun, al-Quran yang ALLAH pelihara kesuciannya ini, di mana tempatnya di hati kita...?

cukupkah kita mengatakan kita memelihara kesucian dan kemuliaan AL-Quran dengan menyimpannya tanpa terusik setiap hari di atas almari atau di atas rak? Cuba tengok balik AL-Quran anda, mungkinkah ada yg sudah berdebu...jika ada...berwuduklah sekarang, peganglah AL-Quran itu dan bacalah serta fahamilah....

Remaja dan mahasiswa terutamanya, apabila ditanya, apa hobi kamu?
maka jawab kebanyakannya" baca novel, majalah, baca buku akademik"
........................................


namun, wahai2 pencinta2 novel sekalian, renungkanlah, bandingkan berapa kali kamu khatam novel, berbanding AL-Quran....
Jangan jadikan AL-Quran banyak mukasurat sebagai alasan, kerana ada di antara kita yg mampu mengkhatamkan novel yang beratus2 muka surat berkali-kali dan banyak buah, namun AL-Quran setahun sekali atau lebih dr itu....

Maka dimanakah terletaknya Al-Quran di hatimu...?

dan yang terkejar2kan result gempak dan menelaah akademik hinggakan kesempitan masa untuk membaca AL-Quran..
renungkanlah, mungkin sedikit masa yang kamu tidak mampu berikan untuk membca Al-Quran itu menjadi kerugian yang besar kepada kamu tatkala isi2 AL-Quran diangkat ALLAH ke langit..

bayangkan ketika itu, kamu sudah punya masa untuk mebaca AL-Quran, namun, nikmat itu ALLAH tarik, dan tiada AL-Quran untuk kamu baca, atau bayangkan, esoknya ditakdirkan ALLAH kamu tidak mampu lagi untuk membaca AL-Quran, malah untuk memegangnya pun tidak mampu....maka hilanglah salah satu pemberi syafaat kepada kamu... amat besar ruginya...
Ya ALLAH jauhkanlah aku, keluargaku, guru2ku dan sahabat2ku dari tergolong daripada golongan itu....

Letakkanlah AL-Quran dihatimu sahabat2 ku..
kagumilah AL-Quran
berbanggalah menjadi pembaca AL-Quran, kerana ia rujukan yg x pernah berubah dari dulu..yang terpelihara kesuciannya, yg terkandung didalamnya semua perkara...

Jadilah mereka yg gentar hatinya mendengarkan ayat2 ALLAH...

Bacalah AL-Quran,
Hayatilah maksud AL-Quran,

Bacalah AL-Quran, sebelum Al-Quran dibacakan kepada kamu..

semoga kita tergolong dalam kalangan MAHASISWA bergenerasi AL-QURAN

belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya...

wassalam

Wednesday, September 2, 2009

experience as a co-pilot..

assalamualaikum warahmatullah..

sekitar pengalaman seharian sebagai co-pilot prof Supli Affendi...

Alhamdulillah untuk projek plant physiology na,ecah, suzie and teh ditugaskan untuk mengkaji water treatment in plant...

dengar mcm senang je..

tapi agakla mencabar...

kira ni episod 1:

menjadi co-pilot Prof Supli. Memang benar bahawa orang yg sudah banyak umurnya, banyak pengalamannya, setiap kata beliau diselit dengan nasihat...

antaranya:

Prof ada bacakan surah al-isra'... dan saya sambung dengan pesanan arwah abah mengenai ayat 81 surah Al-Isra', pesan Abah baca untuk menghilangkan takut....

maka prof pun menambah bahawa...Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan bahawa, untuk mewujudkan kehidupan yang dinamis dan tidak takut kepada apa2 selain ALLAH, kita perlu mengamalkan 4 perkara:

1) berdakwah
2) (ta'lim n ta'lum) mengikut bahasa prof atau majlis mengajar dan belajar
3) zikir dan membaca al-Quran
4) Service (memberikan khidmat)

Jika difikirkan...
memang benarlah bahawa empat perkara ini akan menjadikan kehidupan kita dinamis..


sepanjang perjalanan itu juga mulut Prof seringkali melafazkan innalillahi wainna ilaihi raaji'uun...

kata prof kita manusia x boleh terima hakikat bahawa mati itu boleh berlaku bila2 masa...
contohnya tidak ramai yg sanggup meneruskan untuk berbicara soal mati..


Jadi untuk next post, kita akan sambung crita Prof mengenai perjalanan ke Sg. Besar..melibatkan mr.ringgit and da geng... analogi prof mengenai persediaan untuk mati..

Sunday, August 23, 2009

namaku tiada..

assalamualaikum warahmatullah..

orang kata, benda yang x sepatutnya kita ingat,
lupakanlah...

sebenarnya saya pun dah lupakan,
tapi, tangan ni rajin plak duk bukak blog sorang kawan saya...
dalam salah satu post dia,
ada la disenaraikan nama kawan2 dia...
dan seperti di agak..
namaku tiada...

hmmm...xpe lah,...
mengambil kata2 orang yang lebih berpengalaman..
hidup kita ni jangan kita pandang..
siapa kita pada mata atau seseorang tu...
itu hak dia..

tapi yang penting,
kita tahu siapa dia di hati kita...
dan kta telah cuba memberikan atau berakhlak yang terbaik..
kepada sesiapa je...
yang berhadapan dengan kita...

dan ingatlah..
walau kita bukan siapa2 pada mata manusia...
kita kena sentiasa berusaha menjadi yang terbaik..
pada pandangan atau disisi ALLAH...


dan sesama manusia..
sama2 lah kita saling menjaga hati...

kerana fitrah kita untuk punya perasaan...
jadi untuk tidak disakiti..
janganlah kita menyakiti...

dan andai..
marah dan amarah mencalar persahabatan..
maka diam adalah antara yang terbaik...

wassalam...
belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya...

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan.

assalamualaikum warahmatullah..

alhamdulillah,
kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan sekali lagi...
mungkinkah ini kali terakhir,
andai ini kali terakhir marilah kita semua,
meningkatkan ibadah,
dan menghayati erti Ramadhan sebaiknya...

untuk itu,
sempena Ramadhan yang bakal menjelang
lebih kurang sejam lagi,
na memohon maaf andai ada tersilap kata,
tersalah laku...

moga dengan kemaafan semua,
Ramadhan kali ini
lebih bermakna...

belajarlah dari setiap nafasmu..
dan syukuri setiapnya..
wassalam

Tuesday, August 18, 2009

cuba pandang belakang...


assalamualaikum warahmatullah..

updating my blog..

masih ingatkah cerita jangan pandang belakang?
dalam sesetengah hal kita perlu untuk pandang ke belakang..

contohnya pada hari ini...apa yg berlaku pada diri sy dan sahabat..

hari ni merupakan hari ketiga saya mengalami sakit belakang..."C......back pain" namanye...
dalam tiga hari tu jugak la duk rasa sedih, sebab dalam kelas boleh fokus paling lama pun 1 jam je..
pastu belakang ni memang sakit....

nak jadi kisahnya, hari ni.. saya ke klinik upsi... dan setelah mendapatkan rawatan, sy pun sambunglah masuk kelas....

masa dalam kelas tu, ada mesej masuk....
mesej tu meminta untuk mendoakan dua orang sahabat saya yg br shj kemalangan. seorang dari mereka cedera ringan, dan seorang lagi, patah bahu... innalillahi wainna ilaihi ra ji'un...

maka sy pun termuhasabah lah balik.. astaghfirullah, sesungguhNYA dengan sakit sy yg sedikit ni, sy lupa untuk bersyukur, sedangkan, masih ramai lagi orang lain, yg berada dalam keadaan yg lebih susah, lebih berat musibahnya....

betullah dalam islam menekankan bahawa, adalah perlu apabila kita merasa susah, untuk kita melihat ke belakang, kerana, lebih ramai lagi orang yg lebih susah dari kita... maka bukanlah susah sebenarnya untuk menjadi orang yg bersyukur.....

hanya perlu pandang ke belakang dan..
MasyaALLAH...
betapa besarnya nikmat yang Engkau kurniakan pada diri ini...
Ya ALLAH, janganlah diKAu golongkan aku dan sahabat2ku dalam kalangan mereka yg tidak bersyukur...

kurniakanlah kesenangan dan kesihatan yang baik kepada kami semua..
sesungguhNYA, Engakau lah tempat kami kembali...

salam muhasabah


Wednesday, August 12, 2009

..........

assalamualaikum warahmatullah...

"diam seribu bicara, penjelasan penuh makna"

....................................................................

to be continued..
wassalam

Sunday, August 9, 2009

konsert..sape nak ikut?

assalamualikum warahmatullah..

salam sesegar nikmat iman di jiwa..

dalam samar2 suasana subuh di upsi, tenampak la banner ..
entahla banner apa..
ada gambar artis rasanya..
xsedap hati la...
hmm..biarla dulu banner tu..

its about evening..
i'm online..
checkin da status of my friends on ym..
hmmm....
ok...ok..ok..
but...
there is one.." faizal tahir..can wait to meet u dis wednesday..".. the status of "who ever"

konsert..apa lagi..
ramai yang tunggu kan?

konsert la..
sape nak ikut?

mesti ramai kan..
kenapa?
sebab best la..
artis ramai..

hmm
baru jer cuti..
cuti kuarantin plak tu
belum agi abis musim h1n1
yg banyak suh kta muhasabah..

sampai sini..terus..konsert..
bagai x mengambil iktibar pun dr pengajaran yg mungkin dibawa oleh..
h1n1
virus yg semakin melahap nyawa manusia hari2
yg mungkin peringatan dari NYA

kata media2..ekoran dari perhimpunan membantah ISA..
lebih kurang la gni:
" mereka berhimpun tanpa fikirkan keselamatan, musim h1n1 elakkan berada di dalam kawasan yang bersesak"

dan saya pasti, konsert ni pun akan menghasilkan kesesakan dalam majlis tu...
keselamatan?


kenapa dekat konsert ramai orang, dekat majlis ilmu kurang?
jawapan dia senang..
majlis yg diberkati yg mana satu?
yg kita hadiri dapat pahala yg mana satu?
yg syaitan akan goda untuk kita pergi dan tegah kita pergi yg mana satu?
fikir2kan jawapannya..
maka dapatlah jawapan..
sesungguhnya kita semua tahu..
berbeza antara orang yg berfikir dengan orang yg tidak berfikir..

akhir kata..
jom fikir...

wassalam

Wednesday, July 29, 2009

disebalik kuarantin..

assalamualaikum warahmatullah...

sepertimana kata anin dalam blog beliau, tepat jam 1.23 pagi kami warga kuo dikuarantin...

tatkala pengumuman kuarantin selesai, suasana sunyi kuo bertukar menjadi hingar tiba-tiba..
status2 ym kebanyakannya menceritakan perihal kuarantin..

namun, dalam byk2 status ym yg menggambarkan kebimbangan dan ketakutan,
"isah" memang nama sebenar, membuatkan saya terfikir sejenak...statusnya bertulis, "kawan2, jangan panik"..
rasa gentar kat hati ni reda sedikit apabila membaca status beliau...
lantas dengan ketenangan yang hadir dalam keresahan ini, terfikirlah suatu perkara disebalik kuarantin..

bahawa tersebarnya virus H1N1 ini, bukti akhir zaman,
bahawa ianya adalah satu peringatan dari Dia, Allah yang Esa,
bahawa kita seharusnya banyak memanjatkan doa kepadaNYa...
bahawa ini satu lintasan dariNYa untuk kita bermuhasabah dengan kelekaan dunia..

untuk itu, andai sebelum ini,
kita ditimpa masalah emosi,
teman tempat kita mengadu,
namun, tatkala penyebaran virus ini yg membelenggu,
tiada lain yang harus kita tuju,
Dialah Allah yang satu,

banyakkan mengadu padaNYa..
pohon pertolongan dariNYa...
agar kita dalam perlindungan dan rahmatNYA...

tingkatkan ibadah kita kepadaNYA..
mungkin ini permulaan untuk kita istiqamah..
dalam mendekatkan diri pada Dia..

paling penting...
berusaha dan bertawakkal padaNYA..
berusaha menjaga diri sebaiknya dari dijangkiti,
berusaha dengan berdoa sebanyak mungkin,
dan bertawakkal lah kepadaNYA..
hanya Dia pengharapan yang utama...

dan ingatlah...
atas semua yang berlaku..'tersimpan seribu hikmah dari ALLAH..
yang hanya..ALLAH yang mengetahui...'

maka bersangka baiklah dengan ALLAH pada setiap kejadian..
Dia Maha Mengetahui..

wassalam..


Monday, July 27, 2009

sahabatku kembarku..part 1..



assalamualikum warhmatullah...

sahabatku kembarku ...

tersentak rasa hati ini...
apabila mengetahui keadaanmu ...
sahabat kembarku...

x mampu nak tulis panjang2..
sebak rasanya..

cuma...ikhlas dari na untuk siha...

gambar yang mungkin akan menaikkan kembali semangat siha..


to be continued...


ya ukhti..
in tansurullaha yansurukum..

wassalam..

senyum baru sama..

Saturday, July 25, 2009

bagaimana anda memulakan..tengok video..

assalamualaikum warahmatullah...

post ke dua hari ini..

Bagaimana anda memulakan? seringkali saya mendengar teman2 mempersoalkan, " whats wrong with me today?" ..
ada juga yang bertanya "apa kena ngan aku hari ini?"
lagi...?" aku tak tahu kenapa, semua dah sudah, tapi nape hati x tenang" ...

sebab-sebab terjadi begini boleh jadi pelbagai..
namun salah satunye mungkin

disebabkan oleh...
bagaimana anda memulakan hari anda..
niat anda..
kewajipan anda,termasuklah solat anda...

kurang nya ilmu di dada membuat saya x mampu mengulas..
namun tanggungjawab kita sebagai manusia, untuk saling memperingati semampu mungkin..

untuk itu sudi2kanlah menonton video ni..



namun,

ada juga mereka di antara kita yang tidak terasa apa2..
x terasa terkesan apabila hari mereka dimulakan seperti dalam video di atas..

maka untuk mereka, ikhlas dari saya...
janganlah berterusan,
perintah siapa yang harus kita laksanakan terlebih dahulu?...
tentulah dia ALLAH yang satu..

jika assignment mampu kita siapkan, bimbang dimarahi pensyarah..
mengapa tidak subuh dua rakaat kita tunaikan, bukankah itu perintah ALLAH..
Sesungguhnya azab ALLAH teramatlah pedih...


Siapa kita tanpa keredhaan dari ALLAH...
kejarlah redhaNYA denga menunaikan kewajipan sebagai hambaNYA...


salam muhasabah,
wassalam..

belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapNYA..

bicara mahasiswa..

assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah setelah sekian lama...tergeraklah jemari saya untuk kembali berblog...
namun, mungkin dari pelajaran yang dikurniakanNYA dalam setiap nafas saya...
telah menghasilkan saya baru...saya yang teranjak paradigmanya...
walau hanya anjakan yang tidak sejauh mana..namun insyaAllah anjakan itu lebih positif agar bertambah iman di dada...

memetik ceramah ustazah majidah dalam forum bicara wanita jumaat lepas...ada ditekankan bahawa, kita ini manusia, iman kita bersifat bertambah dan berkurang.. maka bersyukurlah kita tatkala dikurniakan pertambahan iman..dan berbanyak2 lah bermuhasabah dan berusaha tatkala iman berkurang..

namun jangan kita jadikan alasan iman yang kekadang bertambah dan berkurang dalam membolehkan kita untuk berasa selesa tatkala berlaku perkara yang tidak sepatutnya..sesungguhnya ALLAH itu Maha Agung dan Bijaksana... Dia telah mengurniakan kita akal untuk sentiasa berfikir dalam berzikir untuk menambahkan iman dan mengelakkanya dari berkurang....

serius bukan? itulah sedikit anjakan yang telah berlaku pada diri ini.. melihat kepada blog2 teman yang memilih untuk bercerita soal kehidupan masing2..saya telah menganjakkan diri untuk menulis sedikit sahaja kisah diri dengan cara seperti sebelumnya dan selebihnya saya akan memilih untuk berbicara perkara yang kita semua alami umumnya...

namun jangan risau..saya yang sekarang masih banyak senyumnya sama seperti dulu..cuma insyaALLAH sama-samalah kita meningkatkan muhasabah diri masing2...

kiranya..tema tulisan blog saya untuk penggal ini adalah...belajar dan bermuhasabah...

salam reunion ,
salam muhasabah,

belajarlah dari setiap nafasmu, syukuri setiapnya...


kenali keluarga saya yg tercinta...
pada saya,motivasi penuh makna...

Friday, June 26, 2009

bicara soal result....

assalamualaikum warahmatullah....

pejam celik-pejam celik..setahun dah berlalu di tanah bersuburkan ilmu ini..hmmm...
dah na masuk semester tiga... dah cukup matang agaknya kita semua nak bicara soal kehidupan mahasiswa...

agak lambat sebenarnya apabila baru sekarang saya nak bercerita atau berbicara soal result..
ye lah..rasanya dah hampir tiga minggu kot sejak result keluar...macam mana dengan result sahabat2 semua? ok? ko? boleh la? ..

apa-apa pun tahniah atas result sahabat2 semua...kalau dapat sikit nak tahniah juga ke?..

yup..sikit pun kita kena syukur..kita dapat jugak buat exam lalu semampunya dan lulus...
lagi satu..sikit atau banyak..kta kena sentiasa jadi hamba yang bersyukur..setiap yang diberikan tersirat hikmah yang tersendiri....

bagi saya pula..bila tengok dan imbas result kali ini..hati ini rasa sungguh sayu...sayu dan agak sedih...

kenapa? na dapat sikit ke?

sikit atau banyak hanyalah kuantiti..yang buatkan saya rasa sedih ialah..bila mengenangkan sikap diri sendiri...

ramai yang tahu..semester dua hari itu,...dugaan yang saya terima agak besar..sehingga buatkan saya hampir-hampir berputus asa... rasa yang buatkan saya hampir lupa untuk bersangka baik dengan DIA... itulah..petah mulut berbicara ..tapi mudah sungguh hati yang imannya turun naik ini lupa apa yang selalu dibicarakan... saya selalu berpesan pada teman2 agar sentiasa bersangka baik pada sesiapa sahaja termasuk Dia..namun dugaan yang saya terima dulu buat saya kalah dengan kata-kata sendiri....

Sesungguhnya ALLAH itu maha penyayang..saya panjatkan kesyukuran yang amat kepadaNYA kerana..dengan keluarnya result...buat saya sedar kembali...buat saya tersentak..disebalik ujian yang diterima ..hikmahnya hanya Dia yang tahu..betapa Dia Maha Pemurah.. Maha pengasihani...

Dia berikan kita ujian dan dugaan..agar kita belajar banyak perkara..belajar bahawa kita manusia mudah lupa... lupa untuk bersyukur padaNYa atas setiap perkara...

Diajarkan kita pula melalui peritnya apa yang kita rasa..agar kita berusaha untuk mengatasinya lain masa...juga untuk kita belajar cara menghadapi dengan sebetulnya...

sesungguhNya.. diri ini rasa bersyukur kerana ..selain keluarnya keputusan yang dinantikan ..terbit juga rasa-rasa yang mengembalikan jiwa ini untuk menjadi hamba yang ...

akhir kata...

sahabat-sahabat semua..
sentiasalah kita berdoa..agar hati kita ini ..
sentiasa bersangka baik terhadapNya...
dan sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNYA..
semoga kita sentiasa belajar dari setiap perkara..

belajar dari setiap nafasmu..syukuri setiapnya...
wassalam...

Monday, June 22, 2009

kubiarkan semalam berlalu....kasihnya abah...

assalamualaikum warahmatullah...

Subahanallah,nikmat rasa nyaman udara di pagi hari ni buat saya terbuka hati untuk masukkan entry yang saya tanguhkan semalam...

Mula-mula sekali selamat hari bapa buat abe me n abe mi juga lelaki-lelaki yang telah dianugerahkan cahaya mata*bapa-bapa*

hari bapa yang lain dari biasa...tanpa abah dari sisi...tapi tak mengapa pesanan-pesanan abah, juga telatah-telatah masih segar di ingatan..

dan kali ini hadiah hari bapa untuk abah..bukanlah erat huluran tangan..jua bukan kucupan kasih saya sebagai anak di dahi abah...malah sesuatu yang lebih berharga dari itu...sesuatu yang mungkin akan membantu abah di sana....untuk abah..saya kirimkan doa dan juga alfatihah...
moga abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...

juga hari lahir abah yang kebetulan jatuh pada hari bapa tahun ini...21.jun.... bagaikan ingin sahaja hari itu berlalu...dan sememangnya saya biarkan hari itu berlalu...tidak kuat diri ini rasanya tatkala nostalgia zaman hayat abah bermain-main di ruang memori sepanjang hari..ingin rasanya airmata ini mengalir, namun, sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...dan Dia Maha mengetahui...cinta kita kepada hambaNYA hanya sekelumit... namun cinta Allah kepada HambaNYA... cinta yang teramat..tak terjangkau di fikiran kita....

Juga hadiah hari lahir untuk abah mulai tahun ini dan seterusnya...bukanlah ucapan selamat hari lahir..namun ucapan yang lebih baik dari itu..ucapan doa dari setiap anak-anakmu setiap kali selepas soalt InsyaALLAH juga setiap kali rindu kami melintasi mengisi kekosongan jiwa kami...anakmu..ucapan yang abah akan terima bukan hanya sekali setahun tetapi..sepanjang tahun INsyaALLAH....

Juga selepas empat bulan pemergian abah....dapat kurasai bahawa...kasihnya ayah bukan sekadar hingga akhir hayat..tetapi hingga akhirat....

selamat hari bapa ...
Alfatihah untuk abah...

wassalam

take a deep breath and learn...

Friday, June 19, 2009

sherry n catty..

assalamualaikum warahmatullah...

lama dah tak post apa-apa entry sebab...hm..xpe lah..

post kali ni adalah berita baik untuk aiman, siha, purah n semua yang tahu mengenai saya dan kucing...
cuti semester lepas telah memberikan pengalaman baru buat saya..menjaga kucing...

ni semua abe @ abang saya punya pasal lah...
tapi hikmahnya..ALhamdulillah saya dah kurang geli dengan kucing..dah boleh pegang n mandikan dah..malah yang paling best sekarang, baru sehari kat upsi ni da rindu dah dengan kucing-kucing abang saya....

ya..sherry dan catty tu nama kucing abang lah.. kucing parsi keduanya..tapi si catty ni da jadi macam kucing malaysia da..bulu dia da rosak dikerjakan anak buah saya...danisha...

em..ingat nak masuk gambar kucing..tapi tak dapat..x pe la lain kali...


eh na...camne boleh rapat ngan kucing ni...macam ni ceritanya.si catty ni tinggal di rumah abang saya..bila saya pergi atau tidur kat rumah abang, catty sgt suka bermanja..n Alhamdulillah..manja dia tu mencuit hati saya dan membuka hati ni untuk menerimanya.. cuma catty je..kucing lain belum lagi..

pastu abang beli pulak kucing baru ..nama sherry..mak oi bulu dia..lebat tu..sherry ni abang tinggalkan kat rumah saya..jadi hari2 duk dengar dia mengiau.. hmm..betullah..

betullah kata orang hati kita ni lembut...masa saya pergi dekat sangkar sherry.. lidah sherry terjelir-jelir..aik kepanasan ke kucing ni..dah xde orang lain da..isk namapk gayanya na jugak la yang kena mandikan...
dengan berdebarnya dan sedikit kekok..na pegang jugak sherry n biasa lah kucing kalau tgk air mesti la dia lari..kecoh bilik air tu saya berperang nak mandikan sherry..tapi betullah sherry panas kot sebab bila badan dia dah kena air ..dia diam jer..tak lari lagi...tapi yang x bestnye..shampoo friskies ni bau dia.uuuuuuuuu...

kira kenangan ngan kucing abang ni buat saya rasa lagi mudah kasihan n sayang kucing....

Rasulullah dulu meggelarkan Abu Hurairah pun sebab Abu Hurairah ni suka kucing...

jelas kat sini..hati kita ni lembut..mudah berubah...sebab tu lah..antara yang penting dalam hidup kita ni ialah menjaga hati....moga sentiasa berubah kearah kebaikan dan tidak terpesong ke arah keburukan....

Ya ALLAH bantulah hambaMu ini menjaga hati dari mazmumah dunia ini...

psst:
eman, siha n sape agi yang suka sakat na ngan kucing..
sakat la ..insyaALLAH bila hati na dah terbuka untuk selain sherry n catty..
na x kisah...tapi na plak yang sakat sahabat2 semua...

take a deep breath n learn...

wassalam..

Wednesday, May 20, 2009

salam kekacang...

assalamualaikum warahmatullah....

salam kekacang? ai..ingat kita ni kacang ke?..
x lah...salam kekacang...sebab na sekarang dah kat kampung..klate..

apa kaitan klate n kacang? ye la..2 2 stat ngan huruf k...

x..gini sebenarnya..
my mom @ mek..tanam kacang...so...ingat lagi dop..ms dalam kelas ari tu..dr haniza ..ada tanya kita..
apa kita nak buat masa cuti? n ingat lg x..dalam kelas tu na jawab..CABUT KACANG..
ye..memnag cuti ni..duk tengok kacang jer...hehe..memang terealisasi la nak cabut kacang..
so, sapo nak makan kacang yang na cabut..jom la datang umah...hehe

sbenarnya bukan kacang yang na nak fokus kat cni..tapi..
nak cerita...masa sblum balik ari tu na terfikir..mesti sunyi yer suasana rumah....kenapa? macam x pernah balik plak na..macam la ni first time na duk jauh dr umah....

x x x..lain...lain sbb..ni kali pertama na balik lepas pemergian abah...n ni plak kali pertama balik n adik lelaki yang sorang ni xde kat umah...uda da sambung belajar...mesti sunyi umah..

n skang na da btul2 kat rumah...betul sunyi..sebab tiada senda dr uda...n mostly feel very bad..seeing all barang2 arwah abah..dulu masa pemergian abah..na balik untuk 3 ke 4 hari je...x sempat tanah kubur yang merah bertukar warna...tapi xpe..na redha..

cuma cepatla..cepatlah rasa sunyi ni pergi...cepatla rasa sunyi ni pergi...cepatla biiasakan diri..
lain rasanya..bila uda pun xde kat rumah...
bila tengok kopiah di uda di dapur..huhu..cepat la cuti dik oi....

apa pun..doa na untuk kalian ..
walau dimana kalian berada...

alamak tenet da putus..koz kedit da abis..
setakat ni lu..sambung lain kali...

wassalam

Monday, May 11, 2009

walau lambat...tapi ...

assalamualaikum warahmatullah...

apa yang lambat?.. huhu lambat nak post pasal hari ibu...


kenapa yer penting hari ibu pada kita semua?...walau belum lagi bergelar ibu..ehem22x..
tapi rasanya bagai mengerti kegembiraan ibu-ibu di seluruh dunia apabila tiba hari ibu...
mana tidaknya...dalam 365 hari dalam setahun kurniaanNYA...ada satu hari yang khusus yang mana pada hari ini kebanyakan anak2 akan mengingati ibu mereka...
ya memang..ada yang melupakannya..namun tidak mengapa..biar kita terlupa hari itu..namun jangan kita lupakan ibu kita...

jadi...di hari yang mulia ni..eh macam raya plak...i would like to wish my 'mek'..selamat hari ibu..moga kasihmu dan doamu ibu kan sentiasa menjadikan anakmu hamba yang sentiasa berada dalam RedhaNYA...

juga buat ibu2 yang lain...moga sentiasa disayangi dan dikasihi anak2 ..dan semoga sentiasa berada dalam doa mereka...


untukmu ibu..
secebis wadah dariku tanda kasih
dan penghargaan yang tulus dariku..
hanya untuk mu..ibu...


mentari petang tiba lagi..
dan aku masih disini..
menunggu datangnya suara itu..
suara penuh kasih dan cinta..

yang memanggil aku untuk pulang..
menghadapi sang malam...

suara itu..
suara ibu...

walau kekadang terdengar sedikit meninggi..
dek degilnya anakmu...
walau kekadang terasa mendatar..
dek letihnya dirimu...
namun aku..
aku anakmu..
kan sentiasa menantikan suara itu..

suara itu..
yang mendidikku.
menjadi hamba Dia Yang Satu..
yang taat pada perintahNYA..


pernah satu ketika suara itu..
bergetar..hadir dengan airmata..
airmata yang cukup
untuk membuatkan anakmu rasa berdosa..
kerana aku tidak berjaya menyekatnya..
walau ia mengalir bukan kerana
salahnya aku..

untukmu ibu..
cukup kali itu..
bagiku untuk melihat airmatamu...

terlalu banyak aku pelajari dari air matamu..

untukmu ibu..

anakmu ini..insan biasa..
namun aku punya impian luar biasa
impian ku ..untuk
bertemumu di syurga...
maka demi itu...
aku berdoa..

agar tidak menjadi hamba yang lupa..
lupa untuk mendoakanmu..

dalam setiap doaku..


untukmu ibu..
dikau kekuatanku..

ketabahanmu mencorak hidupku..

untukmu ibu..
andai ku diberi peluang untuk mengulangi satu ayat untukmu
dalam setiap saat hidupku...
akan ku katakan.
'syukran ya ummi'

untukmu ibu..

semoga kebahagiaan dan ketenangan..

menghiasi hidupmu dunia dan akhirat..

salam kasih dariku..
yang akan sentiasa merindukan suaramu..

walau dikau hanya di hadapan ku..

untukmu ibu...
selamat hari ibu..

sekian dulu..
wassalam...

hm..
take a deep breath and learn...

Friday, April 24, 2009

tagged....susah soalan tu..

assalamualaikum warahmatullah...

tuk adik zety..eh bukan...kanak2 yg terperangkap dalam gadis 19 tahun (zety kata bukan na..na x bersalah..)..

aduh susah soalan tu...apa movie yg na suka tengok....

boleh x na jwab lain kali ..cuma kat sini na nak highlight...na x suka tengok citer hantu...perang..ganas..na takut aaaaaaaaaaaaaaaaaa....x nak tengok......ada orang bg cd free pun x nak tengok................


tapi kalau citer yang x leh lupa tu....

memang la..titanic, kuch2 hota hai..( sebab tu movie masa kecik)... ishq...mann...byk hindustan la sbb dulu abg suka beli ....

bila da besar ni na suka tengok.....................emmmmmmmmm......jawab lain kali..nak fkir lu...hehe..asyik masuk histo je dlm kepala..soalan senang zety tanya da jadi susah daaa
huhu...kawan2 bio mesti kenal model dalam gambar ni kan? kan?kan?...ala jawab la yer..

gambar ni wat na terfikir..it is us to pattern our life...so pattern it, as best as u can as HambaNYA..

tapi, berdoa la agar diberi Ilham dan petunjuk dalam mencorakkan dan menjalani hidup ini dengan baik...

semoga dapat belajar sesuatu...

belajarlah dari setiap nafasmu...syukuri setiapnya...
wassalam...

Thursday, April 23, 2009

kapal itu sedang belayar..

assalamualaikum warahmatullah...

lama sudah x post dalam blog ni, exam, maklumla..huhu..

kapal ini sedang belayar? kapal mana?..isk kejap la..orang nak cerita la ni...

alkisahnya gni..

ada sebuah kapal 10 awak2, seorang nakhoda......kapal itu sedang belayar...ke mana? ala lupa nak tanya nakhoda tu...hehe..x lah..kapal itu sedang belayar ke sebuah pulau..pulau yang tidak lah jauh mana dari negeri asal mereka...namun, entah kenapa lambat benar perjalanannya...

seorang awak2 bertanya: nakhodaku..kenapa lambat benar rasanya perjalanan kali ini? ramai sudah awak2 lain yg merungut... jawab si nakhoda....entahla...hamba pun tidak tahu..hendak kata angin kencang saja tiupannya...hendak kata arang, penuh sudah kapal dengan kayu untuk dibakar... apa ya kurangnya?...pening sudah hamba memikirkannya....

datanglah pula awak2 kedua..nakhodaku, lama benar rasanya perjalanan ini...rindu benar rasanya dengan kampung halaman...namun, lambat lagi rasanya kita bisa pulang, kerana usahkan hendak bertolak pulang, sampai pun tidak lagi ke pulau...

jawab si nakhoda, sungguh hamba tidak tahu kenapa..tidak lagi mampu memikirkan perjalanan yang nampak semacam jauh ini..padahal kita tahu, jauhnya tidaklah mana berbanding pelayaran kita sebelum ini...beginilah tuan hamba..berikan hamba barang 2 3 masa untuk memikirkan lagi...



selepas dua tiga waktu..panggil lah si nakhoda kan semua awak2 nya. hentikan kapal ini dan datanglah semua berbicara bersama hamba....

maka datanglah semua awak2 berjumpa si nakhoda, dan bertanya lah salah seorang awak2 kepada nakhoda, oh tuan, kenapakah kita harus memberhentikan kapal ini, sedang kita tahu jaraknya masih jauh, bicara apakah yang penting hingga kapal yg masih jauh perjalanan ini diberhentikan?

sabar tuan hamba, walau kapal ini berhenti, sebenarnya ia masih dalam pelayaran, andai tidak diberhentikan kapal ini, mungkin masa yang diambil lagi banyak...dengarlah bicara hamba ini nakhoda2 ku dan berbicaralah bersama hamba....

sudah hamba perhatikan...kenapa lama benar masa yang kita ambil untuk sampai..dan hamba rasa hamba tahu apa sebabnya....apakah sebabnya tuan? tanya seorang awak2?

sebabnya begini..hamba perhatikan yang datang bertanya hamba kenapa lambat tiba..dua orang sahaja..itupun setelah sekian lama kapal ini belayar dengan kelambatan yang semua orang perhatikan... kenapa hanya dua yang lain mana?...hamba bertanya pada yang lain...kenapa tidak bertanya sebab kelambatan kita..jawab mereka...cukuplah mereka berdua yang bertanya..jawapan yang akan diberikan tuan nakhoda tetap sama...

sambung si nakhoda..hamba teruskan lagi pemerhatian..kenapa kapal ini lambat...ditilik-tilik, diperhati-perhati...rupa-rupanya..ada seorang antara awak2 kapal ini yang diam sahaja perlakuannya...bukan tidak bekerja tetapi sedikit kerjanya dari orang lain ....
ditanya kenapa...jawabnya...usah tuan nakhoda risau..tanpa hamba..kapal ini tetap belayar..lagipun sebanyak manakah keringat hamba ini membantu...hamba ini hanya awak yg kurus yg tenaganya tidak memberikan peubahan, ada atau tidak sama sahaja...

lalu, si nakhoda berkata, tuan hamba..sedarkah tuan hamba kapal ini telah belayar dengan lambatnya...jawab si awak2...oh benarkah tuan, kapal ini belayar dengan lambat...kenapa hamba rasa sama sahaja...

jawab si nakhoda..tuan hamba, tuan hamba yang tidak mahu untuk merasakan..memang benar kapal ini tetap belayar...dan sedang belayar...walau tanpa tuan hamba..namun lihatlah..adakah sama pelayaran kita kali ini dengan yang dahulu..

tidak bukan? kenapa? kerana tuan hamba telah menjadi salah satu penyebabnya..tuan hamba tahu apa kesannya..sudah tentu kita lambat sampai ke pulau itu..namun tuan hamba tahukah tuan hamba kesan yang lagi teruk tuan hamba sebabkan... tuan hamba telah menyebabkan usaha awak2 lain terjejas...

tahukah tuan hamba mereka juga punya keluarga untuk difikirkan..punya hal untuk dilakukan..kenapa..kenapa tuan hamba sanggup menjadi dia, dia yg menyebabkan usaha yang lain tidak terkesan mana...

jawab si awak2 tadi..ya benar hamba mengaku hamba silap..namun tuan...tidakkah tuan terfikir..kami hanya bersepuluh..tidakkah mereka perasan sikap hamba ini...dan kenapakah mereka tidak menegurnya....

jawab si awak2 lain..bukan kami tidak mahu menegur..tapi kami punya kuasakah untuk menegur...sebenarnya kami sakit hati dengan dia..kerana dia semacam tidak bersama kita..dalam pelayaran ini...

maka bangunlah berdiri si nakhoda dr duduk dalam bicara...awak2 ku...inilah sebenrnya yang terjadi..inilah penyebab sebenarnya..bukan dia yang berdiam diri sahaja yang bersalah..tetapi kita semua....

kenapa?

hamba mulakan dengan diri hamba..hamba nakhoda nyang lemah asyik berfikir hingga tidak dapat bertanya tuan hamba semua masaalah kita bersama..tidak hamba menegur silap tuan hamba semua...

apa silap kami tanya awak2 bersepuluh?...

hamba mulakan dengan yang diam..seperti hamba katakan tadi...jangan kerana kita yg lain terjejas sama..adakan usaha untuk melihat perubahan di sekeliling..jangan tuan hamba harapkan orang lain...untuk menjadi mata melihat perubahan yang berlaku..kita sekapal...andai sedikit yang mampu lakukan lagi baik dari tangan kosong yg kita berikan..

dan tuan2 hamba yang lain....kita sekapal..ada antara kita yg leka..tegurlah ...andai kita tidak menegur..jangan disalahkan dia melambatkan kita...andai kita tidak punya kuasa..serahkan pada yang ada..dan andai..si nakhoda x berbuat apa2..tegurlah sama.. lagi..jika rasa nak tahu tentang apa kuasa yang kita sepatunya ada..tidak salah bertanya pada nakhoda...

mungkin ini sebabnya..kapal kita belayar dengan lambat sekali..bila semua tidak mampu bekerjasama ..luaran dan dalaman..

mulai hari ini..hamba harap kita semua mampu bekerjasama menggerakkan kapal ini...

maka kapal itu terus belayar...

habis da cerita..

jangan disebabkan masalah hati ..lambat sungguh kita sampai..sedang kita punyer banyak perkara lagi untuk dilaksanakan..

kesimpulannya....
bersihkan hati kita...cuba buat yang terbaik..supaya kita x jadi penyebab kepada tidak berjayanya urusan orang lain..isk ni na yg kata ..bukan nakhoda tuh..

semoga kita dapat belajar sesuatu...

belajarlah dr setiap nafasmu...
wassalam..

Sunday, April 19, 2009

roti bakar...

assalamualaikum warahmatullah..

pagi ni nak cerita pasal roti bakar..emmmmmm...sedapnyaaaaaa breakfast ngan roti bakar..
hehe...nape ngan roti bakar? ..

alkisahnya gni..
di pagi yang hampir tengah hari ni...ada lah hamba ALLAH bakar roti gardenia..
tengah2 dia bakar roti bakar tu..tiba2 ..jeng3x...

tiba2 hidung ni terhidu bau hangus.....maka tertanya2 la..."M, nape bau hangus ni...? nape ngan roti tu?"...lbey kurang la dialog dia gni.
pastu kitorang tgk lah roti tu apa da jd..mula2 yg hangus nye cket jer..pastu kami rasa toaster tu ada masalah so, M bakar la skali agi....n hasil nya..fuyyyyyyooooooo....



nape cam tu skali....

hmm..toaster tu yang salah..hehe..

dr peristiwa ni na pun terfkir la...kan lagi ok kalau dia sedang2 jer...
sama lah ngan hidup kita....

dalam hidup ni kita kena bersederhana..xleh la terlalu biasa...n tidaklah terlalu melebih-lebih...




kalau melebih2 jadi macam roti tu la..hehe..x sedap dipandang....n kalau terlalu biasa pun xleh gak..kita kena ada usaha untuk sentiasa buat yang terbaik dan memperbaiki diri...

analoginya kat sini..kita lah yang membakar roti tu..kita lah yang pilih nak roti yang macam mana..
kita jugalah yang menjalani hidup ini..kitalah yang mencorakkan hidup ini...kita lah yang pilih untuk menjadi orang bagaimana...sederhana atau biasa..atau melebih2....
buat la pilihan terbaik untuk mencorakkan hidup anda..supaya cantik dipandang manusia...mulia pada pandangan ALLAH...


hmm..xnak cerita panjang2 sebab nak sambung study..

cuma tu lah..bersederhanalah dalam banyak perkara...

semoga kita dapat belajar sesuatu dari setiap yang berlaku dalam hidup kita...
dan..
belajarlah dari setiap nafasmu....

semoga kita sentiasa dalam redhaNYA....

wassalam...

p/s: M kata.."na roti tu kat belakang dia lagi hitam"
artikel ini mendapat kebenaran dr M..
M memang nama sebenar

Saturday, April 18, 2009

mimpi itu...

assalamualaikum warahmatullah.....

apa khabar semua? camne study ok? asignment ok? eh..eh..asemen da abis la..tidur ok? hehe..

post kali ni bertajuk mimpi itu...ni sebab tdo pada wkatu yang x patut la ni sampai termimpi-mimpi perkara yang tak patut...

Ya Allah aku berlindung padaMU....

mimpi apa na? mimpi apa? isk..x sabau plak dia nak tau..nak citer la ni..sebelum tu..moga kita semua dapat pelajari sesuatu dari apa yang na nk tulis ni...

semalam..di petang yang hening...dari selepas zohor bersambung ke asar, na telah tertido dengan sengaja,hehe,..isk x baik betul tido lama2..masa berlalu begitu saja....Astaghfirullahal'azim....

masa ngah2 syok tidur tu, na pun mimpilah....mimpi dia camni..sebelum tu mimpi tu ada kaitan ngan program pergi zoo...kawan2 sekelas ingat x program 'jom bersama masuk zoo'?.. huhu..memang mimpi tu lbey kurang la cuma mimpi dr part masa naik bus nak start perjalanan ngan masa berhenti rehat tengah jalan jer....


pada na mimpi tu agak sdey la..pendekkan cerita...na cerita part yg menyedihkan tu je la yer...

dalam part tu, kita on the way nak g zoo, dalam bas la ni, tengah2 excited nak g zoo tu, baru na prasan yang na pakai pelik dr kebiasaan na pakai. pelik macam mana? ha..pada sesetengah orang x lah pelik..sebab hari ni ramai yang pakai gitu..tapi pada na agaklah pelik...

dalam mimpi tu na perasan yang na pakai baju lengan pendek, maksudnya, lengan na terdedah la, memang la pakai tudung, na memandang berat perkara ni disebabkan watak dalam mimpi tu adalah na.. huhu...

"alah na, mimpi macam tu pun nak kecoh ke? biasa la tu pakai baju lengan pendek, x kena samannya".. mungkin itulah yg sesetengah orang akan fikir bila na kecoh pasal mimpi ni..

tapi kalau bleh na nak na n kita semua amik pengajaran kat sini. Alhamdulillah walau na bukanlah orang yang sangat baik dari segi pakaian tapi na masih syukur kerana setakat hari ini, hati na x pernah terdetik untuk pakai baju lengan pendek di depan umum(khalayak yg ada lelaki)...... kenapa? sebab semua pun tahu kan aurat perempuan kat mana? bermula dari mana hingga ke mana? na rasa semua dah tahu..tapi xpelah na ulang sekali lagi kat cni...

aurat perempuan adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali bahagian muka dan tapak tangan....jadi lengan termasuk x? termasuk la kan..dats y na harap ..hati na masih tertutp dari menjadi orang yang membuka aurat seperti dalam mimpi tu....Ya Allah aku berlindung padaMU.....

ada orang kata isu aurat ni adalah perkara kecil...kalau ada yang berpendapat begitu..na pun ada pendapat na..kalau ini perkara kecil..kenapa yang kecil ini pun kita x boleh jaga....na sebenarnya takut..ni untuk diri na sendiri jugak dan sape2 je yang nak terima....takut apa na? na takut..takut andai na tergolong dalam orang yang x kisah pada perkara yang kecil..na akan jd lagi x takut atau x kisah untuk membuat perkara atau kesalahan yang lagi besar...contoh kesalahan yg lagi besar ialah menjadi seorang yang x bertudung dan seterusnya....Ya ALLAh aku berlindung padaMu... sebab itu lah kita harus cuba menjaga perkara-perkara yang kita rasa kecil tapi boleh menjejaskan hati dan iman kita....

lagi satu..kita semua kena ingat...tutp aurat tu kan hukum... kita ni berada di bumi ALLAH...kalau bukan hukum dia yang kita nak ikut..hukum sape lagi?....meh la kita sama2 fikir...


dalam sehari-hari kita x tahu berapa banyak dosa yang kita lakukan...oleh itu..lebih baik lah kita menjaga diri kita semampu mungkin dari tertambahnya dosa dari perkara yang kita rasa biasa je tu..contohnya dalam bab tutup aurat....

satu agi soalan..semua orang jawab sendiri yer..soalan ni na selalu tanya pada diri na..
Kalau bukan kita yang nak jaga aurat kita..sape lagi yang nak tolong jagakan?...

kadang2 ada juga kawan yang kata..nak buat macam mana..hidayah x sampai lagi..betul..hidayah tu hak ALLAH..tapi kita kena ada usaha untuk mendapatkannya.. contohnya..kalau kita nak mintak parent kita belikan sesuatu...sebelum kita minta kita mesti tunjukkan sikap yang baikkan? supaya mak n abah percayakan kita n dia lebih mudah nak bagi...contoh je la..

na harap dr post na pasal mimpi na ni kita dapat belajar sesuatu... cuma semakin hari umur kita semakin bertambah..namun semakin bertambahkah kesedaran kita?

marilah kita sama-sama berdoa agar kita tergolong dalam kalangan hambanya yang menjaga aurat dan mengekalkan hati kita untuk menutup aurat..sesungguhnya semua ini adalah ujian dari ALLAH..walau ada yang masih berat untuk menutup aurat..marilah kita sama-sama belajar melakukannya...ingat..kena ada usaha...

kesimpulannya...jom pakai seelok mungkin...tutuplah aurat...
elakkan pakai baju lengan pendek...bertudunglah...dan berstokin lah....
kita semua tahu bhg mana yang aurat kan..jadi moga ilmu yang kita tahu x menjadi sperti pokok yang x berbuah...ilmu yang x diamalkan seperti pokok yang x berbuah...

na harap..xde yang terasa hati ngan artikel ni...andai ada na pohon kemaafan....
namun..sekali agi na nyatakan..na benar2 takut mimpi itu jadi realiti..takut untuk menjadi orang yang x mampu nak jaga aurat lagi....Ya ALLAH aku berlindung padaMu...

sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah...
semoga kita semua dapat pelajari sesuatu..

belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya...

moga kita sentiasa dalam redhaNYA...
wassalam..

p/s: walau ada gambar yg x clear tulisan dia..na harap anda pernah tgk gambar ni kat mana2 ..n moga anda dpt mesej yg ingin disampaikan...