Wednesday, December 23, 2009

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah kerana na masih lagi diberi kesempatan untuk menulis dalam ladang dakwah ini..

Lebih kurang seminggu lagi, semester baru akan bermula, dan InsyaALLAH esok, khabarnya keputusan peperiksaan semster 1 2009/2010 akan keluar..

sesungguhnya macam mana pun keputusan yang bakal kita terima esok, terimalah dengan hati yang redha kerana tinggi atau rendah, hanyalah sekadar kuantiti untuk menguji kualiti iman kita...

Tadi ketika berimam dengan salah seorang sahabat untuk solat zohor, na dapat mengambil doa yang sangat penting untuk kita di saat yang mendebarkan ini. doa untuk tidak tergoyah iman untuk bangga andai keputusan esok adalah baik dan andai kurang baik, seharusnya kita berdoa agar janganlah kita putus asa dalam menuntut ilmuNYA...

Mengambil hadis Rasulullah S.A.W:
" Ballighu 'annii walau bil ayah"

Yang bermaksud, "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat".

Suka na untuk berkongsi ilmu yang dapat dikutip dari 3 hari yang belalu selama berkampung di Bengkel Pemantapan Rakan Penggerak Ad-din ini...

Semasa ceramah semalam, penceramah Ustaz Dusuki Abdul Rani ada memberitahu bahawa, janganlah kita menyayangi makhluk ALLAH melebihi sayang kita kepada ALLAH. Kata ustaz, andai sayang kita kepada makhluk ALLAH itu melebihi sayang kita kepada ALLAH, maka, kita akan diuji dengan apa atau siapa yang kita sayang itu ...

Memang benar, kadangkala kita tidak sedari bahawa sayang kita pada ibu bapa kita, sahabat2 kita, jawatan-jawatan kita melebihi sayang kita kepada ALLAH...

Namun, pada pandangan na, kita harus yakin, InsyaALLAH andai kita menyayangi ALLAH melebihi makhlukNYa insyaALLAH ALLAH akan permudahkan usaha kita untuk menyayangi apa atau siapa yang kita sayang itu.

Suka juga untuk na memetik ilmu yang na dapat daripada Ustaz Zamri Shafik dalam sesi pembentangan kertas kerja buku modul Rakan penggerak Ad-din bahagian yang ditulis oleh beliau.

Ustaz ada menyatakan bahawa Rukun Taubat ada 3:
1.mengakui kesalahan kita
2.Membuang kesalahan itu dari diri
3. Menyesal dan melafazkan taubat.

sahabat, rajin2lah kita menunaikan solat taubat, kerana kita tidak tahu bila penghujung nyawa kita, andai ianya dekat bimbang kita tidak sempat untuk memohon ampun.
dan kita tidak harus lupa bahawa azabNYA amatlah pedih. Semoga taubat yang kita lakukan diterimaNYA dan kita istiqamah dengan taubat kita..
Sama-samalah kita berdoa dan memohon ampun dari ALLAH.. Kerana ALLAH itu maha pengampun..

Sekadar itu sedikit perkongsian ilmu yang telah na dapat kutip dari bengkel in, semoga jari ini masih diberi kekuatan untuk sama-sama menyeru ke arah kebaikan.

Salam Muhasabah..

Belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya..

Moga sentiasa dalam RedhaNYA..

wasssalam

Monday, December 21, 2009

aku memohon dalam sujudku padaMu...

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, di petang terakhir untuk dekad kedua hidupku ini, aku masih diberi kesempatan untuk mencoret sedikit muhasabah diri yang InsyaALLAH akan melahirkan aku yang baru.

InsyaALLAH andai mengikut tahun masihi dan jika diizinkannya, esok 22 disember 2009 genaplah umur aku 20 tahun. Namun, jika mengikut tahun Hijriah, umurku sudah hampir mencecah 21 tahun...

Pelbagai perasaan memikirkan umurnya yang semakin yang semakin menginjak puluhan..
Pelabagai harapan tercoret....
Namun, lebih penting , muhasabah diri mengenai persoalan amal menggenangkan air mata...

Kucoretkan sedikit muhasabah dan azam yang diilhamkanNya..

Sebagai hamba ALLAH:
Muhasabah mengenangkan taklifanku sebagai hamba ALLAH menyebabkan mataku tidak mampu mengekang sang air mata dari mengalir membasahi pipi...
Hampir 20 tahun berlalu, namun, kurasakan amalku tidaklah seberapa,
mampukah amalanku selama 20 tahun ini memberatkan Mizan DIa yang maha Esa mengatasi timbangan dosaku..sedangkan aku sedar, doasaku bagaikan pepasir yang memutih....
Persoalan demi persoalan...
Tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumiNya ini, sudah berjayakah aku laksanakan?
Bagaimana dengan syukurku pada segala nikmat yang diberikan?
Bagaimana dengan taubatku?
Muhasabah pada kali ini sangat bermakna Ya ALLAH,
aku terasa bagaikan sekarang juga aku ingin bersujud kepadaMu,
memohon dalam sujudku padaMU, ampunilah aku, dosa-dosaku,
berikanlah aku kekuatan untuk menjadi hambaMu yang lebih baik..

Keresahan hatiku hamba yang berdosa ini sedikit ditenangkan mengenangkan sifat ALLAH
Allah itu maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Allah berikan kita peluang untuk berdoa dalam surah Alfatihah sebanyak sekurang-kurangnya 17 kali sehari... agar kita tidak lupa bahawa kepada Dialah tempat kita menyembah dan memohon pertolongan.
memetik terjemahan ayat 5 dan 6 surah Alfatihah:
"Hanya Enkgkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (5) Tunjukkanlah kami jalan yang Lurus (6)".

Juga mengambil pengajaran dari surah al-baqarah ayat 284 yang bermaksud:
"kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya ALLAH akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu. Maka ALLAH mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan memperbaiki diri sahabat2ku, agar kita sentiasa dalam redhaNYA.



Tidak mampu untuk dicoretkan semua yang ada diminda ini,
cuma yang penting untuk kita ambil pengajaran bersama:

sebagai anak:
Tentu sekali, setiap hari dan setiap masa, aku mendoakan agar ibu bapaku sentiasa dalam redhaNYA...
dan andai aku mampu, senantiasa aku ingin memohon maaf daripada keduanya andai aku bukanlah anak yang baik, andai aku tidak mampu menunaikan harapan ibu bapaku..
Namun ketahuilah ayah bonda bahawa anakmu ini sedang cuba yang terbaik untuk menjadi anak yang solehah yang supaya doaku mampu menyelamatkan ayah bonda nanti.
Anakmu ini juga sedang mempersiapkan diri untuk berkhidmat kepadaMu...
Agar susumu ibu, juga keringatmu ayah untuk mebesarkanku bukanlah satu pembaziran..
****
Doakan aku mek... dan abah..doaku senantiasa untukmu...
***

Sebagai adik dan kakak..

Jasamu kakak2 dan abang tak akan aku lupa,
dan andai dizinkanNYa... aku akan cuba untuk mebalas budi kalian membantu mek dan abah dalam membesarkan ku...
andai ada di antara kita yang merasa jauh...
Ingatlah na sentiasa sayang anda semua..
semoga silaturrahim kita erat hingga ke syurga...

dan adik2ku..
aku bukanlah kakak yang terbaik,
namun InsyaALLAH, k.na akan cuba menjadi teladan yang baik untuk kalian,
andai ada k.na meninggikan suara dengan kalian, atau terkasar bahasa..
maafkan ye dik...
doakan kan k.na..
dan doa k.na semoga kita semua adik-beradik berjaya dunia dan akhirat..



sebagai teman:

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji serta mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu..(Jika Engaku mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."


Zaman persekolahan yang berlalu, matrikulasi dan sekarang universiti,
mempertemukan aku dengan teman-teman yang kuharapkan sentiasa dalam redhaNYA..
Teman-teman, andai aku bukanlah sahabat yang terbaik pada kamu, yang tidak mampu mengajak kamu kearah kebaikan serta mengingatiNya maka tegurlah kesilapanku itu..
sesungguhnya aku akan cuba untuk menjadikan teman yang terbaik, agar kita semua tidak tenggelam dalam noda dunia..
dan andai amalanku kurang, atau perlakuanku menyinggung perasaan dan menyalahi pada matamu, tegurlah aku, agar aku mampu memperbaiki diri untuk menjadi teman yang terbaik untuk kalian..
semoga ukhuwah kita mampu untuk menghadirkan diri setiap antara kita dalam doa masing-masing..
dan InsyaALLAH, doaku untukmu teman-teman...

Semoga muhasabah dan usahaku untuk memperbaiki tidak terhenti setakat hari ini...
kerna aku sedar bahawa aku hamba yang lemah.. yang sentiasa melakukan kesilapan..
dan hakikatnya, kita semua perlu sentiasa bermuhasabah untuk kita sentiasa memandang ke hadapan dan tidak mengulangi kesilapan silam...

Ya ALLAh tetapkanlah aku di jalan Mu..

sesungguhnya kita hanya merancang,
Allah yang menentukan...

Salam muhasabah...

Beramallah umpama kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah umpama kamu akan hidup seribu tahun lagi...

belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya..

semoga sentiasa dalam redha ALLAH

wassalam..