Saturday, November 19, 2011

Sekolah agama

Assalamualaikum warahmatullah..

salam sesegar nikmat iman.

Alhamdulillah, keputusan UPSR telah keluar, mak ayah dah hilang debar, anak-anak2 pula bagaimana? risau agaknya ke sekolah manalah mereka akan dihantar nanti.

Situasi pertama;
Ayah: "Adam, ayah nak hantar kamu ke sekolah agama"
Adam : "sekolah agama? habislah, jadi ustaz lah aku pasni"

Situasi kedua:
Ayah: "Ahmad, ayah dah buat keputusan, kamu akan bersekolah di Sekolah Menengah.....(sila tambah apa2 je nama sekolah selain dr sekolah agama yang anda suka). Muktamad"
mungkin itu reaksi-reaksi sesetengah anak-anak sekarang apabila ibu bapa mereka ingin menghantar mereka ke sekolah agama.
Ahmad: "Ala, sy suka tgk rancangan Adik di TV1,saya nak jadi mcm mereka, petah bercakap mengenai agama"

situasi ketiga :
"Ayah ikut suka kamu je, kamu nak pergi sekolah mana, sekolah agama ok, SMK pun ok, yang penting kamu sekolah"

Bicara kita yang sudah melepasi alam persekolahan.. pada situasi manakah kamu dulu?

Post kali ini, buat ibu bapa, anak-anak yang fobia, x kisah atau takut dengan sekolah agama.

Ada ibu bapa yang fobia dan takut dengan sekolah agama. Pesan saya, jangan takut. Mungkin ada desas desus mengatakan sekolah agama politiknya lebih banyak drpd pembelajaran. Saya bekas pelajar d salah sebuah sekolah agama, kami belajar ilmu agama, bukan ilmu politik. Apa yang anda dgr hanyalah propaganda semata-mata.

Ibu bapa yang mulia,
sebagai bekas pelajar sekolah agama, saya akui, semasa sekolah dulu, walaupun berada di sekolah agama, saya pun nakal juga, banyak salahnya, kawan-kawan lain pun banyak yang bermasalah. Sampaikan saya juga pernah terfikir, sekolah agama ke, sekolah biasa ke, sama sahaja.

Namun, apabila saya sudah dewasa, saat saya mula memahami pentingnya ilmu agama, saat saya mula tahu bagaimana menggunakannya, saya bersyukur dihantar ke sekolah agama, dan sekarang saya mampu mengatakan, tak sama sekolah biasa dan sekolah agama.

Subjek banyak?
Ibu bapa mungkin risau, anak-anak kalian tidak mampu untuk 'catch-up', jumlah subjek yang banyak di sekolah agama, tetapi alhamdulillah, saya dan kawan2 saya, telah berjaya melepasi zaman persekolahan dengan jayanya. Jauh dari takbur dan riak, cuma mempelajari ilmu agama itu InsyaALLAH dipermudahkan. Biarlah anak-anak kita disibukkan dengan masa yang berkualiti mempelajari agama berbanding rehat yang banyak tetapi terisi dengan perkara-perkara yang melalaikan.

Menghafal?
Ibu bapa yang penyayang, saya akui, berada di sekolah agama memang kena banyak menghafal, tetapi percayalah, inilah antara pendidikan yang terbaik, mendidik minda anak-anak2 untuk mengingati dalil-dalil kekuasaan ALLAH, memahami keindahan makna Al-Quran dan mengenali sejarah Islam yang menjadi tulang belakang identiti kita hari ini. Semuanya kelihatan berat dahulu, tetapi, cabarlah jiwa anak remajamu, biarkan dia tegar menghafal ilmu-ilmu ini tatkala sel-sel otaknya masih mampu untuk megingat banyak perkara berbanding apabila usia mereka sudah seusia kita.

Exam oriented? Berteraskan peperiksaan?
Ibu bapa yang bijak, sekolah mana yang tidak berorientasikan peperiksaan. Pengalaman saya di sekolah agama, saya juga pernah merasakan yang sama, kerana sekolah mana pun di Malaysia ini, sistem pendidikannya begitu. Tetapi, di sekolah agama, saya dapat lebih dari itu. Cara pengajaran ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah, terasa ada kelainannya, terasa ada tanggungjawab yang kami harus pikul sebagai seorang Islam, terasa menuntut ilmu itu suatu kewajipan.

Suasana?
Jangan risau ibu bapa sekalian,
Suasana di sekolah agama, insyaALLAH ada bezanya. Pada saya, nakal pelajar-pelajar, fokus pelajar-pelajar memang berbeza. Selebihnya, ibu bapa, bertanyalah pada mereka yang lain yang sudah berpengalaman belajar atau mengajar di sekolah agama.

Ibu bapa,
fikirlah yang terbaik untuk anak-anak. Biarlah keputusan kalian adalah dengan petunjuk dari ALLAH. Istikharahlah dan jangan putus berdoa untuk membuat keputusan yang terbaik. Ingatlah, anda menyekolahkan mereka hari ini, bukan untuk kejayaan mereka di dunia semata, tetapi untuk akhirat mereka juga.

Ibu bapa yang mulia, ingatlah anak-anak adalah antara penyelamat kita semasa kita keseorangan di barzakh nanti. Didikan yang kepada anak yang baik, mungkin akan membolehkan mereka sama-sama membawa kita ke syurga nanti.

Fikirkanlah yang mana yang baik untuk anakmu, iringi doa walau di mana mereka berada.

Jadikan ini pelaburan dunia dan akhiratmu.

Terima kasih ALLAH menjadikan saya sebagai pelajar sekolah agama.
Terima kasih mek dan abah, menghantar saya ke sekolah agama.
Terima kasih guru-guru di sekolah saya.
Terima kasih kepada mereka yang membenarkan saya berpraktikal di sekolah agama.

Experience is the best teacher.

belajarlah dari setiap nafasmu, dan syukuri setiapnya.
sekian, wassalam.






Friday, November 18, 2011

Jangan tanya saya

Assalamualaikum warahmatullah..

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
Kerana saya sudah berhias,
cuma perhiasan saya kelihatan sekadarnya,
atau mungkin tidak kelihatan,
kerana saya punya azam,
biarlah perhiasan saya untuk,
insan yang ditakdirkan untuk saya.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
saya berhias dengan fokus,
saya fokus pada perhiasan rohani,
biar cantik perhiasan akhlak,
melebihi perhiasan mata muda mudi,
kerana mereka punya hati,
risau kerana saya iman mereka semakin mati.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
hiasan saya cukup untuk mendidik diri,
manjauhi dan menjauhkan dari,
sifat riak dan takbur,
dek rasa cantik yang memburu hati.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
Hiasan saya sebagai puteri,
Insan yang tercipta dari rusuk kiri,
yang jika kena perhiasannya,
merupakan sebaik-baik perhiasan duniawi.

Biarkan saya berhias,
dengan cara saya sendiri,
kerana saya tahu,
alangkah rugi, rugi, rugi,
berhias untuk semata-mata hidup duniawi,
jadi saya serahkan kepada Ilahi,
dalam doa agar dilindungi,
dari tipudaya perhiasan cantik yang sementara ini.

Thursday, November 17, 2011

Hebat

Assalamualaikum warahmatullah...


Hebat

Hebat dengan kata-kata yang lebat
manusia yang melihat terlopong
terkedu, terdiam tersentak dari lena

Hebat manusia itu hebat
Hebat dengan madah pujangga
Lantang berdiri disini dan disana
mengajak mencari senang dunia

Hebat, manusia hebat berkata,
Bangunlah dari dari sengsaramu,
langkahkan kakimu kita berjuang,
Kita hilangkan kemelaratan ini,
Kita cari bahagia,
kita cari bahagia dengan kaya.

hebat manusia hebat mencari kuasa,
jika berkuasa akan seluruh dunia dicanangnya,
kelebihan punya kesenangan,
kesenangan dunia yang pastinya sementara,

Oh manusia hebat,
kasihan pada manusia hebat,
manusia hebat hanya hebat di pentas dunia,
manusia hebat malu untuk mendengar berita,
bahawa manusia hebat terlupa,

Manusia hebat bertanya
Apa yang dia lupa?
jawapannya pasti dan nyata,
yang kita perlu di dunia bukan kesenangan,
BUKAN KESENANGAN SEMATA,
tetapi KETENANGAN, KETENANGAN DAN KETENANGAN.
yang hanya boleh ada,
pada mereka yang baik nama dan tindak muslimnya,
tetapi tidak pada muslim warisan ayahnya semata.

hebat manusia hebat tidak percaya,
dicanang lagi perjuangan kesenangan,
maka dapatlah manusia hebat kaya dan kuasa,
tetapi pada akhirnya manusia hebat,
betah bertanya pada dirinya,
apakah lagi selepas kaya dan kuasa?

oh manusia hebat yang senang,
semakin hilang tenang,
terasa ada yang kurang.

Lalu manusia hebat hilang bahagia,
tatkala capainya cita-cita kaya,
kerana manusia hebat sudah merasa,
Kuasa yang esa, pada gelisah mereka yang menjauhiNYA,

Oh manusia hebat sedang berduka
manusia hebat sudah hilang hebat,
Manusia hebat sudah mengerti,
Hebatnya hanya pada mata hamba,
tetapi tidak disisi yang Esa.

Oh manusia hebat,
alangkah hebat kalau dia hebat
kedua-dua,
dunia dan akhirat.

Monday, July 4, 2011

ustazah @ cikgu

Assalamualaikum warahmatullah,

semakin masa berlalu, semakin tumpul pena jari yang jarang-jarang sekali diasah untuk menulis..

tapi tak mengapa, pena yang tumpul pun masih mampu menulis..

Terjun dalam dunia praktikal, buat diriku mengerti betapa mencabarnya tugasan seorang guru..

melihatkan sahabat-sahabat yang sentiasa update status praktikal mrk di fb dan blog..terasa dunia ini berwarna warni...pelbagai karenah, pelbagai gelagat..

namun, apa ertinya semua itu, jika kita tidak mengambil pengalaman dan peluang yang ada ini, untuk mendekatkan diri kta kepada yang Esa, untuk lebih mengagumi ciptaanNYA..

Dunia yang warna warni, berkekalankah hingga ke akhirat, jika kita hanya berniat untuk mewarnakannya menggunakan dakwat dunia semata?...

Semakin hari, semenjak hari pertama ditugaskan sebagai guru praktikal.. terasa semakin banyak yang perlu diri ini belajar.. semakin menghargai kepelbagaian pada sifat-sifat manusia, semakin besar rasa tanggungjawab terhadap masyarakat..

Biar, biar org kata, apalah sgt yang kita mampu lakukan.. biarkan mereka dgn persoalan yang sentiasa mendahulu tindakan..

kita dahului tindakan melebihi kata.. menangi hati murid kita, dekatkan mereka pd Pencipta.. sentuhlah hati mereka dengan sentuhan yang bermakna... didik mereka untuk luaskan pandangan mereka, menembusi benteng dunia, agar sentiasa patuh pada yang Esa, demi menggapai janji bahagia Yang Esa di akhirat sana..

besarnya tanggungjawab seorang guru...mampukah aku? hanya kepada Dia aku mohon dpermudahkan.

Sunday, February 6, 2011

anda cantik

Assalamualaikum warahmatullah..

sahabat2ku.anda memang cantik.. sangat cantik.. kenapa? kerana anda sebaik2 ciptaan. kerana anda seorang wanita, kalau lelaki kacak la pula..

sahabat2ku, anda cantik, itukah yang anda ingin rakan anda komen apabila anda "upload' kan gambar anda yang pelbagai gaya di fb?

dan apabila ada yang komen gambar anda yang sedang bergaya memuncungkan mulut itu cantik, maka nanti anda 'upload'kan pula gambar anda yang lain.. dan sekali lagi..anda cantik/comel/kiut (komen yang anda terima kat fb.

anda kiut...

anda comel..

anda pandai bergaya..

mata anda cantik..

hidung anda mancung..

dan sebagainya..

maka beristighfarlah hati..

jika yang mengucapkan kata2 manis itu adalah 'lelaki'

beristighfarlah yang mengucapkan dan yang menerima ucapan.

tapi kenapa? salahkah merasa kagum dengan ciptaan Tuhan.


ya, tidak salah sahabatku, sangat tidak salah, malah digalakkan untuk merasa kagum dengan ciptaan Tuhan, tetapi sahabatku, yang salah ialah caranya.

*lainlah jika yang memuji itu pasangan hidup yang sah berakad, itupun sepatutnya bukan dipuji tempat awam atau secara terbuka.. ada cara dan tempatnya.

kita sambung...

mereka yang 'upload' gambar, anda telah menggoncangkan iman sang jejaka, biar tidak dilafazkan dengan kata2, tetapi cukup untuk meninggalkan kesan pada dirinya.. mungkin ada yang akan kata, "nak buat mcm mana? tu bergantung pada iman diri sendiri lah, iman x cukup tinggi, nak salahkan orang 'upload' gambar"..


hmm,, kalau mcm tu biarlah, sy tinggalkan anda dgn satu soalan : kalau anda x 'upload' gambar anda, adakah anda akan menjadi salah satu penyebab yg menggoncangkan iman beliau?" fikirlah sendiri sahabatku..

baiklah, kalau bukan iman orang yang nak dijaga, tanya diri anda, mampukah anda menahan diri dari riya' atau taajub atau riya' dan taa'jub apabila dipuji sedemikian? .. haa...sekarang iman siapa yang tergoncang,

siapa yang mulakan? tentulah orang 'upload' gambar gaya glamour (kot) yang tidak sepatutnya dan
siapa yang meneruskan/menggalakkan? tentulah orang yang memuji, tidak kira lelaki atau perempuan..

:) jagalah iman kita dan sahabat..semoga kita semua sentiasa dalam redhaNYA..

ketahuilah sahabat, mereka yang mengagumi kecantikan yang wujud dalam diri seseorang, akan merasa taajub di dalam hati mengenai betapa hebatnya ciptaan Tuhan, dan mensyukuri kerana insan tersebut dikurniakan nikmat cantik dan baik rupa, dan pada masa yang sama akan berdoa agar nikmat itu tidak menjadi fitnah kepada diri insan tersebut juga kepada agama...

kita umat Islam diajar, untuk mengucapkan "haaza min fadhli rabbi' apabila dipuji.. maksudnya?..hehe..tanyalah mereka yang lebih arif.. insyaALLAH ucapan ini akan membuatkan iman kita seimbang, tidak gagal dalam ujian berbentuk pujian.

ketahuilah juga sahabat, lebih banyak yang tidak baik dari yang baik apabila gambar2 anda yang pelbagai gaya itu di 'upload' kan.. apa yang baik? dan apa yang x baik?.. sahabat2 fikir dan carilah sendiri/ homework (saya kan cikgu:) )

nota kaki: ustaz zaharuddin pernah mengeluarkan satu video mengenai gambar2 ni.. saya rasa anda pun dah tengok..sama2lah kita ambil pengajaran dan ..selamat beraamal:)


apapun, sahabatku, anda cantik dan comel..kerana anda sebaik2 ciptaan.


yang baik silakanlah ambil pengajaran, yang x baik jadikan teladan, yang salah, saya mohon dimaafkan..

semoga sentiasa dalam redhaNYA