Monday, October 19, 2009

rindu bakal bermula esok...

Assalamualaikum warahmatullah

Rinduku dan mereka yang merasakannya akan bermula esok. Hari ini adalah hari terakhir syawal untuk tahun ini. syahdu rasanya, bukan kerana habis sudah bulan untuk beraya. namun memikirkan masihkah sempat untuk aku bertemu syawal lagi.

Terkilan rasanya apabila memikirkan hari ini 30 syawal. terkilan kerana aku tidak sempat menyempurnakan puasa 6 hari di bulan syawal tahun ini. Jika dikirakan, jika sempurna puasaku hari ini, maka puasa syawal ku untuk tahun ini hanyalah 5 setengah hari..

Lagi setengah hilang, kerana kurangnya rasa sabar dalam diriku tatkala berpuasa. Aku berpuasa separuh hari, dengan alasan kurang persediaan untuk berpuasa dan 'dehydration' . Sepatutnya aku yang bercita-cita untuk menjadi srikandi Islam ini tidak mudah mengalah dik godaan dari syaitan laknatullah untuk tidak menyempurnakan puasa ku pada hari itu..
Kini, hari ini, saat ini, aku benar-benar merasakan tafsir ayat dalam surah Al-Asr yang bermaksud, " Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran".

mungkin ini ujian buatku, aku selalu juga menasihati teman2ku agar bersabar.. namun untuk berpuasa setengah hari lagi pun, aku tidak mampu untuk terus bersabar.. Ya Allah ampunilah aku..kuatkanlah aku..

Namun, aku rasa bersyukur, kerana dengan izin ALLAH, Dia telah memberikan kesedaran dek kesilapanku ini...

dan aku harap, masih ada syawal untukku pada masa akan datang, kerana, walau esok syawal bakal pergi, hari ini aku sudah mula rasa kerinduan pada bulan yang mulia ini...


Ya ALLAH berikanlkah daku kekuatan, untuk lebih dekat kepadaMU dalam mencari redhaMU...

Belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya...

Alhamdulillah..

wassalam

No comments: