Friday, November 18, 2011

Jangan tanya saya

Assalamualaikum warahmatullah..

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
Kerana saya sudah berhias,
cuma perhiasan saya kelihatan sekadarnya,
atau mungkin tidak kelihatan,
kerana saya punya azam,
biarlah perhiasan saya untuk,
insan yang ditakdirkan untuk saya.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
saya berhias dengan fokus,
saya fokus pada perhiasan rohani,
biar cantik perhiasan akhlak,
melebihi perhiasan mata muda mudi,
kerana mereka punya hati,
risau kerana saya iman mereka semakin mati.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
hiasan saya cukup untuk mendidik diri,
manjauhi dan menjauhkan dari,
sifat riak dan takbur,
dek rasa cantik yang memburu hati.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
Hiasan saya sebagai puteri,
Insan yang tercipta dari rusuk kiri,
yang jika kena perhiasannya,
merupakan sebaik-baik perhiasan duniawi.

Biarkan saya berhias,
dengan cara saya sendiri,
kerana saya tahu,
alangkah rugi, rugi, rugi,
berhias untuk semata-mata hidup duniawi,
jadi saya serahkan kepada Ilahi,
dalam doa agar dilindungi,
dari tipudaya perhiasan cantik yang sementara ini.

Thursday, November 17, 2011

Hebat

Assalamualaikum warahmatullah...


Hebat

Hebat dengan kata-kata yang lebat
manusia yang melihat terlopong
terkedu, terdiam tersentak dari lena

Hebat manusia itu hebat
Hebat dengan madah pujangga
Lantang berdiri disini dan disana
mengajak mencari senang dunia

Hebat, manusia hebat berkata,
Bangunlah dari dari sengsaramu,
langkahkan kakimu kita berjuang,
Kita hilangkan kemelaratan ini,
Kita cari bahagia,
kita cari bahagia dengan kaya.

hebat manusia hebat mencari kuasa,
jika berkuasa akan seluruh dunia dicanangnya,
kelebihan punya kesenangan,
kesenangan dunia yang pastinya sementara,

Oh manusia hebat,
kasihan pada manusia hebat,
manusia hebat hanya hebat di pentas dunia,
manusia hebat malu untuk mendengar berita,
bahawa manusia hebat terlupa,

Manusia hebat bertanya
Apa yang dia lupa?
jawapannya pasti dan nyata,
yang kita perlu di dunia bukan kesenangan,
BUKAN KESENANGAN SEMATA,
tetapi KETENANGAN, KETENANGAN DAN KETENANGAN.
yang hanya boleh ada,
pada mereka yang baik nama dan tindak muslimnya,
tetapi tidak pada muslim warisan ayahnya semata.

hebat manusia hebat tidak percaya,
dicanang lagi perjuangan kesenangan,
maka dapatlah manusia hebat kaya dan kuasa,
tetapi pada akhirnya manusia hebat,
betah bertanya pada dirinya,
apakah lagi selepas kaya dan kuasa?

oh manusia hebat yang senang,
semakin hilang tenang,
terasa ada yang kurang.

Lalu manusia hebat hilang bahagia,
tatkala capainya cita-cita kaya,
kerana manusia hebat sudah merasa,
Kuasa yang esa, pada gelisah mereka yang menjauhiNYA,

Oh manusia hebat sedang berduka
manusia hebat sudah hilang hebat,
Manusia hebat sudah mengerti,
Hebatnya hanya pada mata hamba,
tetapi tidak disisi yang Esa.

Oh manusia hebat,
alangkah hebat kalau dia hebat
kedua-dua,
dunia dan akhirat.

Monday, July 4, 2011

ustazah @ cikgu

Assalamualaikum warahmatullah,

semakin masa berlalu, semakin tumpul pena jari yang jarang-jarang sekali diasah untuk menulis..

tapi tak mengapa, pena yang tumpul pun masih mampu menulis..

Terjun dalam dunia praktikal, buat diriku mengerti betapa mencabarnya tugasan seorang guru..

melihatkan sahabat-sahabat yang sentiasa update status praktikal mrk di fb dan blog..terasa dunia ini berwarna warni...pelbagai karenah, pelbagai gelagat..

namun, apa ertinya semua itu, jika kita tidak mengambil pengalaman dan peluang yang ada ini, untuk mendekatkan diri kta kepada yang Esa, untuk lebih mengagumi ciptaanNYA..

Dunia yang warna warni, berkekalankah hingga ke akhirat, jika kita hanya berniat untuk mewarnakannya menggunakan dakwat dunia semata?...

Semakin hari, semenjak hari pertama ditugaskan sebagai guru praktikal.. terasa semakin banyak yang perlu diri ini belajar.. semakin menghargai kepelbagaian pada sifat-sifat manusia, semakin besar rasa tanggungjawab terhadap masyarakat..

Biar, biar org kata, apalah sgt yang kita mampu lakukan.. biarkan mereka dgn persoalan yang sentiasa mendahulu tindakan..

kita dahului tindakan melebihi kata.. menangi hati murid kita, dekatkan mereka pd Pencipta.. sentuhlah hati mereka dengan sentuhan yang bermakna... didik mereka untuk luaskan pandangan mereka, menembusi benteng dunia, agar sentiasa patuh pada yang Esa, demi menggapai janji bahagia Yang Esa di akhirat sana..

besarnya tanggungjawab seorang guru...mampukah aku? hanya kepada Dia aku mohon dpermudahkan.

Sunday, February 6, 2011

anda cantik

Assalamualaikum warahmatullah..

sahabat2ku.anda memang cantik.. sangat cantik.. kenapa? kerana anda sebaik2 ciptaan. kerana anda seorang wanita, kalau lelaki kacak la pula..

sahabat2ku, anda cantik, itukah yang anda ingin rakan anda komen apabila anda "upload' kan gambar anda yang pelbagai gaya di fb?

dan apabila ada yang komen gambar anda yang sedang bergaya memuncungkan mulut itu cantik, maka nanti anda 'upload'kan pula gambar anda yang lain.. dan sekali lagi..anda cantik/comel/kiut (komen yang anda terima kat fb.

anda kiut...

anda comel..

anda pandai bergaya..

mata anda cantik..

hidung anda mancung..

dan sebagainya..

maka beristighfarlah hati..

jika yang mengucapkan kata2 manis itu adalah 'lelaki'

beristighfarlah yang mengucapkan dan yang menerima ucapan.

tapi kenapa? salahkah merasa kagum dengan ciptaan Tuhan.


ya, tidak salah sahabatku, sangat tidak salah, malah digalakkan untuk merasa kagum dengan ciptaan Tuhan, tetapi sahabatku, yang salah ialah caranya.

*lainlah jika yang memuji itu pasangan hidup yang sah berakad, itupun sepatutnya bukan dipuji tempat awam atau secara terbuka.. ada cara dan tempatnya.

kita sambung...

mereka yang 'upload' gambar, anda telah menggoncangkan iman sang jejaka, biar tidak dilafazkan dengan kata2, tetapi cukup untuk meninggalkan kesan pada dirinya.. mungkin ada yang akan kata, "nak buat mcm mana? tu bergantung pada iman diri sendiri lah, iman x cukup tinggi, nak salahkan orang 'upload' gambar"..


hmm,, kalau mcm tu biarlah, sy tinggalkan anda dgn satu soalan : kalau anda x 'upload' gambar anda, adakah anda akan menjadi salah satu penyebab yg menggoncangkan iman beliau?" fikirlah sendiri sahabatku..

baiklah, kalau bukan iman orang yang nak dijaga, tanya diri anda, mampukah anda menahan diri dari riya' atau taajub atau riya' dan taa'jub apabila dipuji sedemikian? .. haa...sekarang iman siapa yang tergoncang,

siapa yang mulakan? tentulah orang 'upload' gambar gaya glamour (kot) yang tidak sepatutnya dan
siapa yang meneruskan/menggalakkan? tentulah orang yang memuji, tidak kira lelaki atau perempuan..

:) jagalah iman kita dan sahabat..semoga kita semua sentiasa dalam redhaNYA..

ketahuilah sahabat, mereka yang mengagumi kecantikan yang wujud dalam diri seseorang, akan merasa taajub di dalam hati mengenai betapa hebatnya ciptaan Tuhan, dan mensyukuri kerana insan tersebut dikurniakan nikmat cantik dan baik rupa, dan pada masa yang sama akan berdoa agar nikmat itu tidak menjadi fitnah kepada diri insan tersebut juga kepada agama...

kita umat Islam diajar, untuk mengucapkan "haaza min fadhli rabbi' apabila dipuji.. maksudnya?..hehe..tanyalah mereka yang lebih arif.. insyaALLAH ucapan ini akan membuatkan iman kita seimbang, tidak gagal dalam ujian berbentuk pujian.

ketahuilah juga sahabat, lebih banyak yang tidak baik dari yang baik apabila gambar2 anda yang pelbagai gaya itu di 'upload' kan.. apa yang baik? dan apa yang x baik?.. sahabat2 fikir dan carilah sendiri/ homework (saya kan cikgu:) )

nota kaki: ustaz zaharuddin pernah mengeluarkan satu video mengenai gambar2 ni.. saya rasa anda pun dah tengok..sama2lah kita ambil pengajaran dan ..selamat beraamal:)


apapun, sahabatku, anda cantik dan comel..kerana anda sebaik2 ciptaan.


yang baik silakanlah ambil pengajaran, yang x baik jadikan teladan, yang salah, saya mohon dimaafkan..

semoga sentiasa dalam redhaNYA

Wednesday, October 13, 2010

post ini untuk...

Assalamualaikum warahmatullah..

salam muhasabah..

post ini adalah untuk sahabat tersayang, Nurul Fasihah Binti Zakaria..
fasiha kata sedang menunggu post terbaru dari.. maka terimalah post ni.. specially dedicated tuk siha..

Sahabat tersayang,
Aku sahabat yang biasa,
sedang dikau guru yang setia,
bersahabat dengan mu tidak banyak yang kupinta,
bukan kerana aku x yakin kamu mampu melakukannya,
tetapi aku sedar aku memberi untukmu tidak sebanyak mana.

sahabat tersayang,
sedikit yang aku kata,
tapi sebenarnya banyak juga,
harap tidaklah terlelap mata,
membaca permintaan yang beberapa.

Sahabat tersayang,
inilah yang ingin kupinta,
darimu sahabat yang banyak berjasa,
agar kita berdua semakin dekat pada ALLAH yang Esa,
agar dapat kita hidu bau syurga,
semoga dipermudahkan jalannya.

Sahabat tersayang,
aku pinta dikau tegur diriku saat aku alpa,
tegur diriku saat aku lupa,
perbetulkan aku saat aku hanyut dibuai arus dunia,
perbetulkan aku saat aku semakin jauh dari jalan Dia,
permintaanku bukan ini sahaja..

sahabat tersayang,
izinkan aku terus menaip kata,
ingatkan aku untuk bertaqarrub dengan Pencipta,
ajaklah aku ke majlis ilmu walau di mana,
salamilah daku saat kita bersua,
moga ukhuwah ini sentiasa dalam redhaNYA.

sahabat tersayang,
aku sedar aku x banyak memberi tetapi banyak meminta,
tetapi aku tetap meminta kerana hanya satu sebabnya,
agar dengan aku meminta dan dikau memberi dengan rela,
kita menjadi hamba kuat dalam ujianNYA,
untuk menjadi hamba yang bertaqwa,
kerana kita hanya mampu berusaha,
untuk ingat mengingati antara kita.

sahabat tersayang,
tidak lupa hati berdoa,
agar kita sentiasa dalam redhaNYA.

belajarlah dari setiap nafasmu,
dan syukuri setiapnya.



Wednesday, July 7, 2010

doa, air mata dan keringat

Assalamualaikum warahmatullah..

semoga sihat sentiasa hendaknya (macam tulis surat)

Alhamdulillah, di kehambatan waktu ini, na cuba untuk mengisi lebih kurang 10 minit yang berbaki sebelum bergerak untuk bengkel.

Alhamdulillah, na dalam usaha untuk menghabiskan bacaan dua buah buku dan sedikit perkongsian yang ingin na berikan disini perihal apa yang na baca.

Buku pertama yang na 'import' dari rumah dan dibawa kesini, bertajuk "Penyakit dan Penawarnya" . Banyak pengajaran dari sedikit bab yang na baru berpeluang untuk selesaikan. Bab pertama buku ini menyentuh soal doa. Ramai dari kita semua bersikap tergesa-gesa dalam berdoa, dan itulah antara sebab kenapa do'a tidak dimakbulkan. Bagaimanakah tergesa-gesa dalam berdoa?.

Hadith ini menjelaskan.
Dalam kitab hadith Imam Ahmad daripada Anas, disampaikan bahawa Rasulullah saw bersabda: " Seorang hamba akan selalu baik selama dia tidak tergesa-gesa dalam berdoa." Maka bertanya, " Bagaimanakah seseorang tergesa-gesa?" Rasulullah saw menjawab, " Orang tersebut berkata, " Aku telah berdoa kepada tuhan , namun dia belum menjawab(memakbulkan) doaku."


Dinyatakan juga dalam buku ini mengenai adab-adab berdoa, waktu-waktu ijabah dan kegagalan sesuatu doa syarat-syarat mustajab dam beberapa perkara lagi mengenai doa.

Suka untuk na petik dari buku ini bahawa Umar juga berkata, " Sesungguhnya aku tidak memikul beban dengan mendesakkan ijabah, tetapi lebih didorong oleh keinginan untuk berdoa. Maka, camkanlah bila kalu diilhami untuk berdoa. Sesungguhnya ijabah itu mengikutinya (bersamanya)."

Berdasarkan perkataan Umar itu, seorang penyair mengatakan: Barangsiapa diilhami berdoa, bermakna dia akan mendapat ijabah.

Jadi,teman-teman peganglah firman ALLAH dalam surah Ghafir ayat 60 yang bermaksud: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan memakbulkan."

SubhanaLLAH masa berlalu dengan sangat pantas.. na mngundur diri dulu.... dan akan na sambung bacaan na mengenai airmata dan keringat pula. InsyaALLAH.

semoga sentiasa dalam redhaNYA.

Belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya..

wassalam.

Sunday, March 14, 2010

bukan cinta murahan yang aku cari

Assalamualaikum warahmatullah

salam muhasabah..

Ya ALLAH lama sudah na tinggalkan medan penulisan ini, sedang na tahu ini salah satu medan untuk berpesan-pesan kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran...

apa yang telah terjadi, mungkinkah semasa na mengundur diri buat hampir sebulan setengah yang lalu, na sendiri tidak mampu berpesan kepada diri sendiri..mungkin juga ya.. mungkin juga tidak.. kerana.. kesibukan dan kelalain telah menghanyutkan na tanggungjawab ini..
sesungguhnya kesibukan dan keseronokan ini adalah perihal dunia semata.. Astaghfirullahal'azhim..

Rindu juga pada blog ini.. semalam bila na buka balik page blog ni.. ya ALLAh terkedu mendengar lagu di blog sendiri.. mulalah diri muhasabah banyak perkara.. apa yang telah terjadi..

sepatutnya.. medan perjuangan ini tidaklah na jauhi dengan alasan kesibukan .. padahal na sendiri sedar.. dalam kesibukan ini.. na masih banyak perkara yang na mampu lakukan..
perkara yang tidak mempamerkan rasa cinta kepada ALLAH .. sedangkan...

na lah hamba yang mengaku na cintakan ALLAH..kenal ALLAH.. namun jelas.. ilmu ini masih belum cukup sehingga diri ini lalai..

dan lagu ini cukup menyedarkan na..

sepatutnya, ujian yang datang, kesusahan yang datang, akan sanggup kita hadapai atas dasar cinta dan faham kepada TUHAN..

dan cinta kepada dunia ini adalah cinta murahan... sesungguhnya cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta..

dan na bukanlah pengemis cinta murahan dan janganlah Engkau jadikan aku Pemgemis Cinta Murahan ya ALLAH.. Jadikanlah aku penunggu setia Cinta MU ya ALLAH..

Kerana mencintaimu dan kehilangan cinta dunia tidaklah merugikan kerana engkau sangat mencintai hamba-hambaMU...

Sahabat, maafkan na sepanjang tempoh 'uzlah na ini..
InsyaALLAH ia akan berakhir x lama lagi..
x akan sekali2 na tinggalakan medan perjuangan ini..
biar na hanya hamba hina pada pandangan manusia..
namun na tetap seorang hamba yang berbebankan tanggungjawab seorang khalifah kepada yang Maha Penyayang..

InsyaALLAH...
na hayati lagu dalam blog ni..
'spy lagu ini juga sentiasa memberi ingatan kepada na dan sahabat2,..

na doakan yang terbaik untuk semua.. semoga setiap waktu dalam hidup kita yang sentiasa berkurang akan sentiasa bermanfaat dan menjadi ibadah..

berpesan2lah kearah kebenaran dan cegahlah kemungkaran
salam muhasabah..


semoga sentiasa dalam RedhaNYA..

pelajarilah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapNYA..

Astaghfirullahal'azhim

wassalam