Wednesday, October 13, 2010

post ini untuk...

Assalamualaikum warahmatullah..

salam muhasabah..

post ini adalah untuk sahabat tersayang, Nurul Fasihah Binti Zakaria..
fasiha kata sedang menunggu post terbaru dari.. maka terimalah post ni.. specially dedicated tuk siha..

Sahabat tersayang,
Aku sahabat yang biasa,
sedang dikau guru yang setia,
bersahabat dengan mu tidak banyak yang kupinta,
bukan kerana aku x yakin kamu mampu melakukannya,
tetapi aku sedar aku memberi untukmu tidak sebanyak mana.

sahabat tersayang,
sedikit yang aku kata,
tapi sebenarnya banyak juga,
harap tidaklah terlelap mata,
membaca permintaan yang beberapa.

Sahabat tersayang,
inilah yang ingin kupinta,
darimu sahabat yang banyak berjasa,
agar kita berdua semakin dekat pada ALLAH yang Esa,
agar dapat kita hidu bau syurga,
semoga dipermudahkan jalannya.

Sahabat tersayang,
aku pinta dikau tegur diriku saat aku alpa,
tegur diriku saat aku lupa,
perbetulkan aku saat aku hanyut dibuai arus dunia,
perbetulkan aku saat aku semakin jauh dari jalan Dia,
permintaanku bukan ini sahaja..

sahabat tersayang,
izinkan aku terus menaip kata,
ingatkan aku untuk bertaqarrub dengan Pencipta,
ajaklah aku ke majlis ilmu walau di mana,
salamilah daku saat kita bersua,
moga ukhuwah ini sentiasa dalam redhaNYA.

sahabat tersayang,
aku sedar aku x banyak memberi tetapi banyak meminta,
tetapi aku tetap meminta kerana hanya satu sebabnya,
agar dengan aku meminta dan dikau memberi dengan rela,
kita menjadi hamba kuat dalam ujianNYA,
untuk menjadi hamba yang bertaqwa,
kerana kita hanya mampu berusaha,
untuk ingat mengingati antara kita.

sahabat tersayang,
tidak lupa hati berdoa,
agar kita sentiasa dalam redhaNYA.

belajarlah dari setiap nafasmu,
dan syukuri setiapnya.



Wednesday, July 7, 2010

doa, air mata dan keringat

Assalamualaikum warahmatullah..

semoga sihat sentiasa hendaknya (macam tulis surat)

Alhamdulillah, di kehambatan waktu ini, na cuba untuk mengisi lebih kurang 10 minit yang berbaki sebelum bergerak untuk bengkel.

Alhamdulillah, na dalam usaha untuk menghabiskan bacaan dua buah buku dan sedikit perkongsian yang ingin na berikan disini perihal apa yang na baca.

Buku pertama yang na 'import' dari rumah dan dibawa kesini, bertajuk "Penyakit dan Penawarnya" . Banyak pengajaran dari sedikit bab yang na baru berpeluang untuk selesaikan. Bab pertama buku ini menyentuh soal doa. Ramai dari kita semua bersikap tergesa-gesa dalam berdoa, dan itulah antara sebab kenapa do'a tidak dimakbulkan. Bagaimanakah tergesa-gesa dalam berdoa?.

Hadith ini menjelaskan.
Dalam kitab hadith Imam Ahmad daripada Anas, disampaikan bahawa Rasulullah saw bersabda: " Seorang hamba akan selalu baik selama dia tidak tergesa-gesa dalam berdoa." Maka bertanya, " Bagaimanakah seseorang tergesa-gesa?" Rasulullah saw menjawab, " Orang tersebut berkata, " Aku telah berdoa kepada tuhan , namun dia belum menjawab(memakbulkan) doaku."


Dinyatakan juga dalam buku ini mengenai adab-adab berdoa, waktu-waktu ijabah dan kegagalan sesuatu doa syarat-syarat mustajab dam beberapa perkara lagi mengenai doa.

Suka untuk na petik dari buku ini bahawa Umar juga berkata, " Sesungguhnya aku tidak memikul beban dengan mendesakkan ijabah, tetapi lebih didorong oleh keinginan untuk berdoa. Maka, camkanlah bila kalu diilhami untuk berdoa. Sesungguhnya ijabah itu mengikutinya (bersamanya)."

Berdasarkan perkataan Umar itu, seorang penyair mengatakan: Barangsiapa diilhami berdoa, bermakna dia akan mendapat ijabah.

Jadi,teman-teman peganglah firman ALLAH dalam surah Ghafir ayat 60 yang bermaksud: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan memakbulkan."

SubhanaLLAH masa berlalu dengan sangat pantas.. na mngundur diri dulu.... dan akan na sambung bacaan na mengenai airmata dan keringat pula. InsyaALLAH.

semoga sentiasa dalam redhaNYA.

Belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya..

wassalam.

Sunday, March 14, 2010

bukan cinta murahan yang aku cari

Assalamualaikum warahmatullah

salam muhasabah..

Ya ALLAH lama sudah na tinggalkan medan penulisan ini, sedang na tahu ini salah satu medan untuk berpesan-pesan kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran...

apa yang telah terjadi, mungkinkah semasa na mengundur diri buat hampir sebulan setengah yang lalu, na sendiri tidak mampu berpesan kepada diri sendiri..mungkin juga ya.. mungkin juga tidak.. kerana.. kesibukan dan kelalain telah menghanyutkan na tanggungjawab ini..
sesungguhnya kesibukan dan keseronokan ini adalah perihal dunia semata.. Astaghfirullahal'azhim..

Rindu juga pada blog ini.. semalam bila na buka balik page blog ni.. ya ALLAh terkedu mendengar lagu di blog sendiri.. mulalah diri muhasabah banyak perkara.. apa yang telah terjadi..

sepatutnya.. medan perjuangan ini tidaklah na jauhi dengan alasan kesibukan .. padahal na sendiri sedar.. dalam kesibukan ini.. na masih banyak perkara yang na mampu lakukan..
perkara yang tidak mempamerkan rasa cinta kepada ALLAH .. sedangkan...

na lah hamba yang mengaku na cintakan ALLAH..kenal ALLAH.. namun jelas.. ilmu ini masih belum cukup sehingga diri ini lalai..

dan lagu ini cukup menyedarkan na..

sepatutnya, ujian yang datang, kesusahan yang datang, akan sanggup kita hadapai atas dasar cinta dan faham kepada TUHAN..

dan cinta kepada dunia ini adalah cinta murahan... sesungguhnya cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta..

dan na bukanlah pengemis cinta murahan dan janganlah Engkau jadikan aku Pemgemis Cinta Murahan ya ALLAH.. Jadikanlah aku penunggu setia Cinta MU ya ALLAH..

Kerana mencintaimu dan kehilangan cinta dunia tidaklah merugikan kerana engkau sangat mencintai hamba-hambaMU...

Sahabat, maafkan na sepanjang tempoh 'uzlah na ini..
InsyaALLAH ia akan berakhir x lama lagi..
x akan sekali2 na tinggalakan medan perjuangan ini..
biar na hanya hamba hina pada pandangan manusia..
namun na tetap seorang hamba yang berbebankan tanggungjawab seorang khalifah kepada yang Maha Penyayang..

InsyaALLAH...
na hayati lagu dalam blog ni..
'spy lagu ini juga sentiasa memberi ingatan kepada na dan sahabat2,..

na doakan yang terbaik untuk semua.. semoga setiap waktu dalam hidup kita yang sentiasa berkurang akan sentiasa bermanfaat dan menjadi ibadah..

berpesan2lah kearah kebenaran dan cegahlah kemungkaran
salam muhasabah..


semoga sentiasa dalam RedhaNYA..

pelajarilah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapNYA..

Astaghfirullahal'azhim

wassalam

Wednesday, January 20, 2010

takziah... tahniah dan taziah..

Assalamualaikum warahmatullah..

salam satu akidah..

Maafkan na bagi sesiapa yang menunggu entry terbaru blog ni..

Alhamdulillah, hari ini, detik ini, saat ini jari ini mahu menari di atas keypad bagi menyampaikan sedikit ilmu kepada diri sendiri terutamanya juga kepada sahabat2 yang dikasihi. Semoga anda semua dalam redhaNYA.

Tahun ini, bulan ini dan sehingga hari ini, na telah dikejutkan dengan kehilangan empat orang yang na sayang sama ada dari pertalian darah atau dari pertalian ukhuwah dan akidah.

Kehilangan orang yang kita sayang, walau sudah hampir setahun berlalu, namun, masih terbayang lagi senyumannya, gurauannya luahannya. Bingkisan rindu untuk arwah abah. Moga abah bahagia di sana. Kami disini akan berusaha menjadi anak yang soleh kerana ALLAh agar doa kami menjadi pelindung untukmu abah dari azab yang ...hanya ALLAh yang tahu.

na sayang abah.
namun,
sayang kepada manusia tidaklah seharusnya melebihi sayang kita kepada PenciptaNYA..

I love ALLAH
sesungguhnya solatku, ibadahku,hidupku dan matiku kerana ALLAH ta'ala.

Pemergian mereka satu tarbiah.
Kehilangan mereka satu demi satu,
cukup untuk membuatkan kita bermuhasabah atas setiap saat nafas ini.
Ya ALLAH, ampunkanlah dosa2ku...
Astaghfirullahal'azhim.

Kehilangan nenda tersayang pada 04.01.10.

Allah lebih menyayangi beliau,
ketika arwah abah meninggal dihadapan nenda hampir setahun dahulu, na kuatkan diri dari sedih, kerana pada na ketika itu, nenda sepatutnya lagi sedih, sebab dialah yang telah melahirkan abah. dan sekarang dia jugalah yang melihat pemergian abah. sungguh tabah nendaku..

dan tatkala nenda pergi, rasanya hampir sama dengan pemergian abah, kerana arwah abah adalah anak tunggal, jadi arwah abah pergi tidak meninggalkan adik beradik, namun ditinggalkan nenda bersama kami, sedikit terubat rindu ini melihatkan muka yang hampir sama, perangai yang hampir sama, telatah yang hampir sama. Namun, ALLAH lebih mnengetahui, perginya nenda bersama kenangan arwah abah ada hikmahnya..

ALfatihah untuk arwah abah dan nenda tersayang.


Kehilangan kedua adalah kehilangan mereka berdua.

Seoerti yang diketahui ramai warga UPSI, kita semua baru sahaja kehilangan sahabat2 yang amat disayangi kerana akidahnya. Perginya Allahyarham Fadhiri dan ALLAHyarham faizol memberikan kesan yang besar kepada kita semua terutama sahabat2 yang pernah bekerja dengan mereka. Hari ini,hati dan jiwa mereka yang besar dalam pekerjaan dakwah ini menjadi titik semangat untuk sahabat2 meneruskan perjuangan yang telah mereka turut sama juangkan. Amar ma'ruf dan nahi mungkar..
Akhlak mereka menjadi sebutan sahabat2 sehingga ke hari ini. InsyaALLAH mereka telah menjadi contoh yang baik kepada kami sepanjang mereka belajar di sini.

berbahagialah sahabat2ku di sana.


Al-fatihah untuk Allahyarham Fadhiri dan Faizol.


Kehilangan yang keempat. Hilangmu... peringatan yang terbaru..


Pagi tadi, lebih kurang jam 4 pagi tadi, Allahyarham datuk saudara na telah kembali ke rahmatullah..
Apabila mendapat berita tersebut.. Hanya lnnalillahi wainna ilaihi ra'ji'un sahaj yang mampu dilafazkan, tiada lagi air mata yang mampu keluar kerana kehilangan demi kehilangan. Semoga berbahagia arwah di sana. Cuma suka untuk na coretkan sedikit kenangan dari arwah. semoga kita mengambil pengajaran bersama.

Arwah datuk saudara ini sangat rapat dengan kami. Walaupun arwah nenda tinggal di pahang, datuk saudra na selalu datang ke rumah, melihat anak dan cucu2 kakaknya ini.
dialah juga antara tempat rujukan arwah abah.
Saat arawah abah tiada dulu, dialah juga antara yg terawal hadir dan mengalirkan air mata.
Kami adik beradik selesa bergurau dengan arwah.
Arwah antara orang yang baik kata2nya.Paling penting, arwah sangat menjaga hubungan persaudaraan antara adik beradik. Sangat rapat dengan arwah nenda.
dan ALLAH lebih menyanygi mereka berdua, Arwah pergi selepas hampir 16 hari pemergian nenda. jagalah hubungan adik beradik kita.


Alfatihah untuk ALLAHyarham P.muda Daud. (Daud Bin Deraman)


Suka juga untuk na coretkan bingkisan tahniah dan takziah untuk sahabat na, syukriah dan atifah yang telah berjaya menjadi MPP Universiti Malaysia Terengganu. InsyaALLAH bertanggungjawab orangnya. Semoga syuk dan atifah berjaya memanfaatkan medan amar ma'ruf yang besar ini. Tahniah dan takziah juga kepada sahabat MPP UMT yang lain. Tidak kiralah anda bertanding atas 'stand apa', kemenangan anda seharusnya menjadi medan untuk anda bersama2 mengajak ke arah kebaikan. Peluang untukmu berbakti pada agama kian terbuka luas, cuma, terpulang antara kamu mahu atau tidak.


semoga sentiasa dalam redhaNYA

Semoga hidup kita sentiasa dalam redhaNYA.
dan yang telah pergi..
Semoga ditempatkan dalam kalangan hambaNYA yang beriman.


salam muhasabah.

wassalam

Wednesday, January 6, 2010

hari hari yang berlalu..

Assalamualaikum warahmatullah..
salam satu akidah.

Lebih kurang dua minggu rupanya na tidak menuliskan kata2 muhasabah dalam blog ini. Dua minggu juga, tempoh yang terlalu lama untuk pelbagai perkara terjadi. Tempoh yang cukup untuk Dia yang Maha Esa meguji keimanan hamba-hambaNYa termasuklah kita..

Mungkin ramai yang sudah tahu, na sekeluarga baru sahaja mengembalikan jasad nenek tercinta kepada pemilikNya.. Nenda tersayang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada lebih kurang 11.45 malam tanggal 4 januari lalu. Masih baru bukan? Baru sahaja hampir dua hari berlalu.

Sedih? KepadaNYA jua aku mengadu..
Buat teman yang sudi menjadi tempat luahan sedih ini, na dahulukan dengan ucapan terima kasih..

Selama hampir setahun, ketabahan yang sama harus na gali kembali. Moga usaha mencari sinar ketabahan ini akan bisa menerbitkan hasilnya...

Mati itu pasti...

*********************************************


Rugilah kita jika hidup hanya untuk memperkatakan soal diri sendiri juga mereka yang sekeliling tanpa berusaha untuk berpesan-pesan kearah kebaikan dan menghalang kemungkaran.
Namun tanggungjawab untuk amar ma'ruf itu adalah satu tanggungjawab yang besar. Walaubagaimanapun, jangan kita jadikan besar atau beratnya tanggungjawab itu untuk kita langsung tidak berpesan-pesan untuk menyuruh kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Jadi semoga sedikit muhasabah yang na selitkan petang ini akan membawa kita semua untuk berfikir buat kali seterusnya untuk diri kita persoalan mengenai amal soleh dan pencegahan kemungkaran yang telah kita lakukan demi mencerminkan keizzahan ISLAM..

Pertama sekali sedarlah kita semua bahawa tanggungjawab mencegah kemungkaran dan menyuruh ke arah kebaikan itu adalah tanggungjwab kita bersama. Bukanlah tanggungjawab ustaz ustazah, alim ulama' semata. Kenapa? kerana kamu walau tiada apa jawatan telah memikul satu amanah yang mulia dan sempurna yakni Islam. Dan janganlah kita calarkan kesempurnaan Islam itu dengan akhlak dan peribadi yang kurang baik dari kita.

Baru-baru ini, na baru sahaja menghadiri satu kursus untuk melahirkan bakal-bakal kepimpinan Universiti. Alhamdulillah, pengisian yang sangat baik diberikan oleh pihak penganjur, namun ada beberapa perkara yang na memandang bahawa ia adalah sesuatu yang serius .

Perkara ini bukan hanya berlaku di dalam kursus itu, malahan ia merupakan perkara yang umum yang berlaku di mana-mana. Alasan yang selalu diberikan adalah untuk merapatkan Jurang sosial agar kita semua tidak merasa janggal untuk bergaul antara satu sama lain. Namun, hakikatnya kita semua tahu, bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Untuk lebih jelas, na berikan contoh dari sudut pakaian, mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat salahnya jika tidak memakai stokin atau berlengan pendek atau bertudung di atas paras dada (bagi perempuan), atau berseluar atau baju ketat (bagi lelaki) atau bertepuk bertampar lelaki dan perempuan.

Lebih menarik lagi, jika ditanya kenapa peribadi mereka begini, kebanyakannya menjawab " rileksla, kita nak tengok orang, jangan tengok luarannya, tapi hatinya".. Subhanallah, pandai sungguh mereka berkata-kata. Benarlah mereka yang banyak berkata-kata, banyak kesilapannya.
Walhal kebenarnnya adalah, peribadi yang mereka tampilkan itu adalah cerminan hati mereka. Hati serta Iman yang baik akan boleh menjaga diri mereka dari melakukan sekecil-kecil perkara yang tidak baik seperti menutup aurat (hakikatnya aurat itu bukanlah perkara yang kecil, cuma segelintir yang mengambil mudah memandang perkara ini sebagai kecil).

Jika difikirkan lagi, bagaimana mereka yang tidak mampu untuk menjaga perkara-perkara yang kecil atau remeh ini boleh menjaga amanah atau tanggungjawab yang lebih besar..

Kata seorang sahabat na, "sebenarnya, siapa yang baik dari segi agamanya dan keimanannya, akan seimbang dari semua perkara"

dan benarlah, jika dikerahkan lagi minda ini untuk berfikir, apa guna kita nampak cantik di mata manusia tetapi tidak dimata Dia yang menciptakan kita.

Satu lagi perkara yang agak berat sebenarnya. janganlah kita bertepuk bertampar, Give me 5 atau sebagainya dengan bukan muhrim. Jagalah keperibadian Islam yang kita semua bawa. Tambahan pula jika anda adalah bakal pimpinan, tidak kisahlah dari segi keluarga, pelajar, sahabat atau sebagainya.
Terkilan benar hati na apabila melihat seorang bakal ustaz yang melakukannya. Kerna, butir2 pesanan Islam itu akan dikeluarkan oleh mulutnya(terutamanya), namun jika dia tidak mengotakan pesanannya, apalah pandangan manusia terhadap keizzahan Islam yang ALLAH ciptakan cukup sempurna..

Jauhilah fitnah, kerna fitnah itu lebih teruk dari membunuh, walau manusia tidak melihat, namun, ALLAH tidak pernah berhenti dari mengetahui setiap perkara yang dilakukan hambanya.. Malaikatnya juga penuh setia dengan iman yang tidak pernah berkurang malahan sentiasa bertambah.

Rasanya cukuplah dulu..

maafkan segala kesilapan,

InsyaALLAH,
andai masih diberi kesempatan..

semoga kita semua masih mahu untuk bermuhasabah diri..

dan semoga kita semua belajar dari setiap nafas kita dan kita syukuri setiap sedutan dan hembusan serta kitarannya.

salam muhasabah..

wassalam