Sunday, April 8, 2012

buat bakal suamiku

Assalamualaikum warahmatullah.

salam muhasabah,

usia dah meningkat, jadi post juga perlulah berkadar langsung dengan usia, hehe, buat formula matematik pula.

Kali ni, post buat bakal suamiku..

Bakal suamiku,
sungguh aku tidak mengetahui siapkah dirimu.
Adakah aku pernah mengenali dirimu?
Atau dirimu akan kukenali saat akadku,

Bakal suamiku,
jika benar engkau ingin memilih diriku,
untuk menemani jiwamu,
pertimbangkanlah kata-kataku.

Jika hari ini,
engkau ingin memilihku berdasarkan kisah semalamku,
Lupakanlah aku,
kerana kau dan aku,
kedua-duanya mungkin akan terluka,

Jika hari ini,
engkau memilihku berdasarkan siapa aku sekarang,
terpulang kepadamu,
kerana aku yang sekarang,
mungkin tidak sama pada masa depan,
tetapi aku akan berusaha,
hari ini,
aku akan menjadikan kisah buruk semalam,
sebagai sempadan.

Jika hari ini,
engkau memilihku,
dan tertanya-tanya bagaimana aku di hari hadapan,
ianya bergantung kepada bagaimana dirimu,
lihatlah dirimu,
kerana, setelah aku bergelar isterimu,
engkaulah yang akan membentukku,
dan aku akan cuba mentaatimu,
selagi ia menepati syariatNYA.

Jika suatu hari,
kau memang telah bergelar suamiku,
bimbinglah aku dan pimpinlah aku ke jalan syurga,
dan ketika kita mengharungi jalan itu bersama,
bantulah aku menjadi isteri solehah kepadamu,
anak yang solehah kepada ibu bapamu dan ibuku,

untuk itu,
aku tidak ingin meminta melebihi nafkahku,
cuma perkara lain yang aku harapkan darimu,
ialah masamu untukku,
masamu untuk ibu bapamu dan juga ibuku.
kerna, dengan izinNYA, ibu bapamu dan ibu bapaku,
asbab kelahiran kita pada hari ini,
Jadi setelah kita bertemu cinta kita,
janganlah kita letakkan kesabaran cinta mereka di belakang,
berbaiklah dengan mereka,
walau mungkin engkau dan aku akan saling terluka dengan mertua,
na'uzubillahi min zalik,

Kita jadikanlah khidmat bakti kepada mereka,
sebagai tiket kita ke syurga,
kerana aku ingin melangkah jalan syurga dengan pimpinan mu.
Bakal suamiku.

Bakal suamiku,
siapa pun kamu,
pertimbanglah kata-kataku.

Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNYA

2 comments:

dearhaxeera said...

Semoga berjodoh dengan suami soleh. ^_^

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Jodoh, rezeki, musibah, maut semuanya ketentuan Allah SWT sebelum kita diciptakan. Surah AlHadid:22مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَ‌أَهَا ۚTidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.
Oleh kerana takdir dan jodoh ini seiring dengan amalan yang kita lakukan mengikut suat hadis nabi maka kuasa pemilihan adalah pada kita. Ketika itu, kita diberi 2 pilihan samada yang baik atau tidak. Surah AlBalad:10 وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
Mengenai jodoh, siapa orangnya bukanlah persoalan utama tetapi masalah psgn suami-isteri mesti menegakkan hukum Allah SWT. Hidup didunia mesti dlm petunjuk Allah. Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَ‌اجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗSekiranya psgn (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin, sesungguhnya berat sangka Kami bahawa kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah`.

Walaupun ayat ini mengkhususkan mengenai kahwin kali kedua tetapi dalil inilah yang menjadi `istidlal` dalil dlm Usul AlFiqh mengenai syarat jodoh. Sebab itu, Imam Syafie dan Imam Nawawi rah. alaihuma sampai keakhir hayat tidak berkahwin! Bukan masalah tidak mahu kahwin, tetapi demi kerana syiar Islam dan memahami sungguh makna ayat mengenai perkahwinan. Tidak ada siapa wajibkan perkahwinan tetapi setelah berkahwin, pastikan bahawa mrk menitik beratkan mengenai agama! Jika tidak, masalah yang terlalu besar diakhirat.
Asas dalam hidup ini mesti hidup dalam petunjuk Allah (dgn berpandu AlQuran) setiap masa dan ketika. Surah AlBaqarah:38إِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Petunjuk dari Allah SWT telah pun sampai melalui AlQuran. Setiap masa, kita mesti pastikan niat, amalan kita seiring dgn AlQuran dan Hadis Rasulullah saw.

Surah AlIsra`:36 وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ‌ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Persoalannya skrg, berapa ramai mereka yang telah melalui alam perkahwinan, sejauh manakah mrk telah mentadabbur AlQuran bersama dan melakukan sesuatu untuk agama Allah SWT. Walllahualam