Friday, April 13, 2012

Tinta 1

Assalamualaikum warahmatullah..

salam muhasabah

Hari ini, sy akan memulakan slot baru dalam blog ini, iaitu slot "Tinta".

Sedikit pengenalan dalam slot ini:
Post pada slot tinta ini, adalah mengenai kata-kata motivasi dari diri saya, khusus untuk diri saya. Namun, jika ia bermanfaat untuk kalian, silalah mengambil pengajaran dari tinta sy tersebut.

Jadi, tinta sulung saya @ tinta 1, adalah ditujukan khas buat sy yang menerima ujian yang agak hebat hari ini.

Inilah tintaku, tinta anak perantau.

"Semangat saya masih belum hilang, walaupun luka disapa duri di perjalanan, saya perantau, punya tekad dan iltizam, takkan saya goyah dengan hadirnya ujian. Jika ingin hidup diredhai, belajarlah meredhai setiap ketentuanNYA.
Belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya."

1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup ini merupakan ujian dan perjuangan. Surah AlMulk:2 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚDia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya`.

Apakah yang lebih baik dari mentadabbur AlQuran sebagai suatu amalan panduan hidup kita. Surah AlFurqan:33 وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرً‌ا Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

Perjuangan hidup ini ditakdirkan oleh Allah SWT menurut ukuran kita. Ini adalah kerana terdapat dlm suatu hadis bahawa takdir seiring dgn amalan2 yang kita lakukan seharian. Surah AlQamar:49 نَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ‌ Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

Manakala kita diberi dua jenis pilihan amalan samada baik atau tidak spt dlm Surah AlBalad:10.
Wallahualam.