Monday, February 13, 2012

DIA..INSAN PERTAMA YANG KUCINTA

Assalamualaikum warahmatullah..

Dia..insan pertama yang kucinta,
dia tiada gantinya,
dia kemudian mengajar aku mencintai Allah dan RasulNYA,
dialah bonda tercinta,
i luv u mek!

Dia adalah segala-galanya, dia merupakan seorang ibu kepada 9 orang anak. Namun Allah telah mengujinya dengan pemergian sepasang kembar saat kelahiran keduanya. Alhamdulillah, dia masih tabah membesarkan tujuh lagi anaknya...dan saya salah seorang dari mereka.

izinkan saya menggantikan 'dia" dengan kata beliau, lebih hormat bunyinya..Ya, tiada yang perlu saya hormati melebihi beliau selain ALLAH, Rasul dan Beliau.

Beliau dilahirkan pada 14 Februari 1954. Beliau terpaksa berhenti bersekolah ketika beliau berada di darjah 2. Bukan berbangga, tetapi saya tahu, beliau merupakan seorang yang pandai, hari ini, setelah berdekad, tanyalah beliau, siapa guru beliau, apa yang beliau belajar, beliau masih ingat. Saat beliau ingin berhenti bersekolah, ada guru yang ingin menyara beliau, tetapi orang dahulu, walaupun masih muda, sudah mengenal erti terhutang budi, dia menolak kerana tidak mahu terhutang budi.

Beliau berkahwin dengan Allahyarham Muhamad Ariffin Bin Salleh pada usia beliau 20 tahun, iaitu pada tanggal 9 September 1974. [jika ditanya pada beliau, mesti beliau sendiri pun sudah terlupa pada tarikh ini, alhamdulillah, beberapa tahun dulu, saya menjumpai surat nikah Allahyarham abah dengan beliau].

Pada usia beliau 21 tahun, beliau menimang cahaya mata pertama beliau, seorang puteri, dinamakan Noor Azizah. Mengikut cerita beliau, ketika mengandungkan kekanda sulung saya ini, beliau dan arwah abah tinggal di Pahang, di Rumah Rakit, abah menjadi nelayan, menangkap ikan. Kemudian mereka balik semula ke Kelantan.

Memang di sinilah. di bumi serambi Mekah kami anak-anak dilahirkan, bermula dengan Noor Azizah pada 25 Ogos 1975, kemudian abang tunggal saya Azman (6 Mei 1977), Allahyarhamhuma kekanda-keknada kembar, diikuti Siti Noor Azura (16 Mac 1982), Siti Noor Aziah (22 mei 1984).......dan.......anak bertuah saya, Noor Azlina (22 Disember 1989), adinda lelaki dan perempuan saya, Muhammad Azrul (15 Sepetember 1991) dan Noor Azyyati (13 Jun 1997).

Beliau merupakan anak bongsu dalam kalangan adik beradik beliau. Beliau merupakan seorang yang tabah menjaga orang sakit..dan..beliau selalu diuji menjaga orang sakit..dan apa yang saya boleh katakan melalui pemerhatian, tiadalah layanan yang lebih baik terhadap orang sakit yang saya pernah lihat melainkan apa yang dia lakukan terhadap orang yang dia jaga.

Inilah rentetan kisah beliau menjaga orang sakit.
Kalau x salah, pada tahun 1988, masa tu sayapun belum lahir lagi, ataupun awal 1989, saya memang tak tahu.. namun, dalam lingkungan itulah tarikhnya, beliau telah menjaga ayahanda beliau dengan sepenuh hati. menurut cerita kakak saya, penjagaan beliau melebihi adik-beradik beliau yang lain, apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara yang membantu beliau ketika itu.

Pada 1995 atau 1996 (pun sy lupa juga), beliau telah menjaga allahyarham nenda saya atau emak beliau, dengan penjagaan yang sama, melebihi adik beradik beliau yang lain. Saya terfikir, mampukah saya melakukan seperti beliau, doakan saya ya, biarlah beliau mendapat penjagaan yang terbaik nanti.

Takdir Allah, ketika saya menghampiri SPM, pada tahun 2006, Allahyarham arwah datuk, sebelah allahyarham abah pula sakit. Walaupun beliau hanya seorang menantu, penjgaan yang beliau berikan insyaALLAH juga yang terbaik,. Saya bersyukur, kerana ketika itu, adinda lelaki saya sudah mampu membantu ibu saya menjaga Allahyarham datuk saya saat hidup akhir hidup beliau.

Kemudian, pada tahun 2007, Allahyarhamah nenda saya yang tinggal di Pahang, telah disahkan mengalami kanser kulit. dalam tempoh itu, sakit dan demam Allahyarham semua di bawah jagaan beliau, seorang menantu yang tabah. Penjagaan beliau, subhanallah, tidak pasti mampukah saya contohi. Saya yang mengambil giliran menjaga Allahyarhamah di hospital selama seminggu, asyik menangis, dan akhirnya saya mengalah, beliaulah dengan tabah menjaga nenda. Takdir ALLAH, pada tahun 2008, Allahyarhamah sihat semula.

Namun, panas mentari tidak sampai ke petang, beberapa bulan lagi untuk tahun 2008 berakhir, ayahanda saya sendiri pula yang mengalami kemalangan, terlantar selama 5 bulan. Dalam tempoh itu, yang menjaga Allahyarham sepenuh masa ialah beliau, bonda saya, kami anak2 hanya membantu. Bayangkan, kekasih hati, teman bertani, teman berbual, selama lebih kurang 34 tahun sedang terlantar, jadi, dengan kudrat tua yang beliau ada, beliau menjaga Allahyaraham suami beliau dengan penjgaan yang terbaik sehingga akhir nafas Allahyarham pada 20.02.2009, hampir seminggu selepas beliau menyambut ulangtahun kelahiran ke 55. Bonda, akulah saksi dikau menjaga Allahyarham abah sebaiknya...

Tidak berapa lama selepas itu, Ibu tunggal, mengikuti jejak langkah anak tunggal beliau yang telah kembali ke rahmatullah. Nenda saya yang menghidap kanser kulit, terlantar beberapa bulan sebelum pergi pada Januari 2010. Beliaulah yang menjaga nenda saya saat sakit nenda dengan penuh kasih sayang. Beliaulah menantu yang paling baik yang pernah saya jumpa..semoga saya dapat mencontohi beliau.

Bukan setakat sejak, tetapi sebelum pemergian abah, malah dari dahulu lagi, beliau bersama-sama abah, membanting tulang bertani, tanam itu dan ini. Allah, kudrat beliau, kalau kalian tengok apa yang beliau tanam dan usahakan, kalian tidak akan percaya, ia dilakukan oleh seorang wanita. Dengan duit bertani itulah kami anak-anak dibesarkan, dihantar bersekolah, belajar, dan alhamdulillah, kebanyakan dari kami sudah bekerja kecuali saya dan 2 adik saya. Doakan saya, agar saya mampu membalas sebahagian jasa beliau.

Hari ini, 13 FEBRUARI 2012, Sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke 58, beliau telah melakukan misi menyelamat. Seorang warga kampung telah terjatuh ke dalam parit yang agak besar dan airnya dalam. Alhamdulillah, beliau berada berhampiran, dipermudahkan lagi, ketika itu mangsa masih sedar dan berpaut pada tebing parit. Dengan kudrat yang ada, beliau menarik mangsa dan meriba mangsa. Semoga ALLAH membalas jasa beliau.

Beliaulah ibu yang saya paling bangga, walau keputusan pengajian saya tidak cukup baik untuk beliau bangga dengan saya, tetapi saya sudah terlalu bangga dengan beliau. Satu azam saya, saya ingin hantar beliau ke Makkatul Mukarramah, itulah tempat untuk orang yang mulia seperti beliau, saya ingin beliau menjejakkan kaki ke sana. Sekarang masih tiada rezeki untuk ke sana, tapi saya punya kekuatan doa, biar impian saya untuk kebahagiaan dunia dan akhirat beliau tercapai..

Selamat hari lahir Mek. Semoga sentiasa dalam redhaNYA.
sedih juga, walau telah merancang untuk mebuatkan kek untuk mek, tetapi masalah kesihatan, menghalang. Ye, sebut pasal kesihatan, saya terasa amat bahagia saat mek usap kepala dan muka saya ketika saya demam teruk beberapa hari lepas. ALLAH, nikmat kasih sayang bonda, sesuatu yang akan saya cintai selamanya, selepas ALLAH dan Rasulnya.

Terima kasih mek, selamat hari lahir, semoga redha, kasih, rahmat dan segala yang baik dari ALLAh untuk hambaNYA bersamamu, MEK

No comments: