Wednesday, January 6, 2010

hari hari yang berlalu..

Assalamualaikum warahmatullah..
salam satu akidah.

Lebih kurang dua minggu rupanya na tidak menuliskan kata2 muhasabah dalam blog ini. Dua minggu juga, tempoh yang terlalu lama untuk pelbagai perkara terjadi. Tempoh yang cukup untuk Dia yang Maha Esa meguji keimanan hamba-hambaNYa termasuklah kita..

Mungkin ramai yang sudah tahu, na sekeluarga baru sahaja mengembalikan jasad nenek tercinta kepada pemilikNya.. Nenda tersayang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada lebih kurang 11.45 malam tanggal 4 januari lalu. Masih baru bukan? Baru sahaja hampir dua hari berlalu.

Sedih? KepadaNYA jua aku mengadu..
Buat teman yang sudi menjadi tempat luahan sedih ini, na dahulukan dengan ucapan terima kasih..

Selama hampir setahun, ketabahan yang sama harus na gali kembali. Moga usaha mencari sinar ketabahan ini akan bisa menerbitkan hasilnya...

Mati itu pasti...

*********************************************


Rugilah kita jika hidup hanya untuk memperkatakan soal diri sendiri juga mereka yang sekeliling tanpa berusaha untuk berpesan-pesan kearah kebaikan dan menghalang kemungkaran.
Namun tanggungjawab untuk amar ma'ruf itu adalah satu tanggungjawab yang besar. Walaubagaimanapun, jangan kita jadikan besar atau beratnya tanggungjawab itu untuk kita langsung tidak berpesan-pesan untuk menyuruh kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Jadi semoga sedikit muhasabah yang na selitkan petang ini akan membawa kita semua untuk berfikir buat kali seterusnya untuk diri kita persoalan mengenai amal soleh dan pencegahan kemungkaran yang telah kita lakukan demi mencerminkan keizzahan ISLAM..

Pertama sekali sedarlah kita semua bahawa tanggungjawab mencegah kemungkaran dan menyuruh ke arah kebaikan itu adalah tanggungjwab kita bersama. Bukanlah tanggungjawab ustaz ustazah, alim ulama' semata. Kenapa? kerana kamu walau tiada apa jawatan telah memikul satu amanah yang mulia dan sempurna yakni Islam. Dan janganlah kita calarkan kesempurnaan Islam itu dengan akhlak dan peribadi yang kurang baik dari kita.

Baru-baru ini, na baru sahaja menghadiri satu kursus untuk melahirkan bakal-bakal kepimpinan Universiti. Alhamdulillah, pengisian yang sangat baik diberikan oleh pihak penganjur, namun ada beberapa perkara yang na memandang bahawa ia adalah sesuatu yang serius .

Perkara ini bukan hanya berlaku di dalam kursus itu, malahan ia merupakan perkara yang umum yang berlaku di mana-mana. Alasan yang selalu diberikan adalah untuk merapatkan Jurang sosial agar kita semua tidak merasa janggal untuk bergaul antara satu sama lain. Namun, hakikatnya kita semua tahu, bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Untuk lebih jelas, na berikan contoh dari sudut pakaian, mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat salahnya jika tidak memakai stokin atau berlengan pendek atau bertudung di atas paras dada (bagi perempuan), atau berseluar atau baju ketat (bagi lelaki) atau bertepuk bertampar lelaki dan perempuan.

Lebih menarik lagi, jika ditanya kenapa peribadi mereka begini, kebanyakannya menjawab " rileksla, kita nak tengok orang, jangan tengok luarannya, tapi hatinya".. Subhanallah, pandai sungguh mereka berkata-kata. Benarlah mereka yang banyak berkata-kata, banyak kesilapannya.
Walhal kebenarnnya adalah, peribadi yang mereka tampilkan itu adalah cerminan hati mereka. Hati serta Iman yang baik akan boleh menjaga diri mereka dari melakukan sekecil-kecil perkara yang tidak baik seperti menutup aurat (hakikatnya aurat itu bukanlah perkara yang kecil, cuma segelintir yang mengambil mudah memandang perkara ini sebagai kecil).

Jika difikirkan lagi, bagaimana mereka yang tidak mampu untuk menjaga perkara-perkara yang kecil atau remeh ini boleh menjaga amanah atau tanggungjawab yang lebih besar..

Kata seorang sahabat na, "sebenarnya, siapa yang baik dari segi agamanya dan keimanannya, akan seimbang dari semua perkara"

dan benarlah, jika dikerahkan lagi minda ini untuk berfikir, apa guna kita nampak cantik di mata manusia tetapi tidak dimata Dia yang menciptakan kita.

Satu lagi perkara yang agak berat sebenarnya. janganlah kita bertepuk bertampar, Give me 5 atau sebagainya dengan bukan muhrim. Jagalah keperibadian Islam yang kita semua bawa. Tambahan pula jika anda adalah bakal pimpinan, tidak kisahlah dari segi keluarga, pelajar, sahabat atau sebagainya.
Terkilan benar hati na apabila melihat seorang bakal ustaz yang melakukannya. Kerna, butir2 pesanan Islam itu akan dikeluarkan oleh mulutnya(terutamanya), namun jika dia tidak mengotakan pesanannya, apalah pandangan manusia terhadap keizzahan Islam yang ALLAH ciptakan cukup sempurna..

Jauhilah fitnah, kerna fitnah itu lebih teruk dari membunuh, walau manusia tidak melihat, namun, ALLAH tidak pernah berhenti dari mengetahui setiap perkara yang dilakukan hambanya.. Malaikatnya juga penuh setia dengan iman yang tidak pernah berkurang malahan sentiasa bertambah.

Rasanya cukuplah dulu..

maafkan segala kesilapan,

InsyaALLAH,
andai masih diberi kesempatan..

semoga kita semua masih mahu untuk bermuhasabah diri..

dan semoga kita semua belajar dari setiap nafas kita dan kita syukuri setiap sedutan dan hembusan serta kitarannya.

salam muhasabah..

wassalam

No comments: