Monday, December 21, 2009

aku memohon dalam sujudku padaMu...

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah, di petang terakhir untuk dekad kedua hidupku ini, aku masih diberi kesempatan untuk mencoret sedikit muhasabah diri yang InsyaALLAH akan melahirkan aku yang baru.

InsyaALLAH andai mengikut tahun masihi dan jika diizinkannya, esok 22 disember 2009 genaplah umur aku 20 tahun. Namun, jika mengikut tahun Hijriah, umurku sudah hampir mencecah 21 tahun...

Pelbagai perasaan memikirkan umurnya yang semakin yang semakin menginjak puluhan..
Pelabagai harapan tercoret....
Namun, lebih penting , muhasabah diri mengenai persoalan amal menggenangkan air mata...

Kucoretkan sedikit muhasabah dan azam yang diilhamkanNya..

Sebagai hamba ALLAH:
Muhasabah mengenangkan taklifanku sebagai hamba ALLAH menyebabkan mataku tidak mampu mengekang sang air mata dari mengalir membasahi pipi...
Hampir 20 tahun berlalu, namun, kurasakan amalku tidaklah seberapa,
mampukah amalanku selama 20 tahun ini memberatkan Mizan DIa yang maha Esa mengatasi timbangan dosaku..sedangkan aku sedar, doasaku bagaikan pepasir yang memutih....
Persoalan demi persoalan...
Tanggungjawabku sebagai khalifah di muka bumiNya ini, sudah berjayakah aku laksanakan?
Bagaimana dengan syukurku pada segala nikmat yang diberikan?
Bagaimana dengan taubatku?
Muhasabah pada kali ini sangat bermakna Ya ALLAH,
aku terasa bagaikan sekarang juga aku ingin bersujud kepadaMu,
memohon dalam sujudku padaMU, ampunilah aku, dosa-dosaku,
berikanlah aku kekuatan untuk menjadi hambaMu yang lebih baik..

Keresahan hatiku hamba yang berdosa ini sedikit ditenangkan mengenangkan sifat ALLAH
Allah itu maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Allah berikan kita peluang untuk berdoa dalam surah Alfatihah sebanyak sekurang-kurangnya 17 kali sehari... agar kita tidak lupa bahawa kepada Dialah tempat kita menyembah dan memohon pertolongan.
memetik terjemahan ayat 5 dan 6 surah Alfatihah:
"Hanya Enkgkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (5) Tunjukkanlah kami jalan yang Lurus (6)".

Juga mengambil pengajaran dari surah al-baqarah ayat 284 yang bermaksud:
"kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya ALLAH akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu. Maka ALLAH mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan memperbaiki diri sahabat2ku, agar kita sentiasa dalam redhaNYA.



Tidak mampu untuk dicoretkan semua yang ada diminda ini,
cuma yang penting untuk kita ambil pengajaran bersama:

sebagai anak:
Tentu sekali, setiap hari dan setiap masa, aku mendoakan agar ibu bapaku sentiasa dalam redhaNYA...
dan andai aku mampu, senantiasa aku ingin memohon maaf daripada keduanya andai aku bukanlah anak yang baik, andai aku tidak mampu menunaikan harapan ibu bapaku..
Namun ketahuilah ayah bonda bahawa anakmu ini sedang cuba yang terbaik untuk menjadi anak yang solehah yang supaya doaku mampu menyelamatkan ayah bonda nanti.
Anakmu ini juga sedang mempersiapkan diri untuk berkhidmat kepadaMu...
Agar susumu ibu, juga keringatmu ayah untuk mebesarkanku bukanlah satu pembaziran..
****
Doakan aku mek... dan abah..doaku senantiasa untukmu...
***

Sebagai adik dan kakak..

Jasamu kakak2 dan abang tak akan aku lupa,
dan andai dizinkanNYa... aku akan cuba untuk mebalas budi kalian membantu mek dan abah dalam membesarkan ku...
andai ada di antara kita yang merasa jauh...
Ingatlah na sentiasa sayang anda semua..
semoga silaturrahim kita erat hingga ke syurga...

dan adik2ku..
aku bukanlah kakak yang terbaik,
namun InsyaALLAH, k.na akan cuba menjadi teladan yang baik untuk kalian,
andai ada k.na meninggikan suara dengan kalian, atau terkasar bahasa..
maafkan ye dik...
doakan kan k.na..
dan doa k.na semoga kita semua adik-beradik berjaya dunia dan akhirat..



sebagai teman:

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji serta mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu..(Jika Engaku mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."


Zaman persekolahan yang berlalu, matrikulasi dan sekarang universiti,
mempertemukan aku dengan teman-teman yang kuharapkan sentiasa dalam redhaNYA..
Teman-teman, andai aku bukanlah sahabat yang terbaik pada kamu, yang tidak mampu mengajak kamu kearah kebaikan serta mengingatiNya maka tegurlah kesilapanku itu..
sesungguhnya aku akan cuba untuk menjadikan teman yang terbaik, agar kita semua tidak tenggelam dalam noda dunia..
dan andai amalanku kurang, atau perlakuanku menyinggung perasaan dan menyalahi pada matamu, tegurlah aku, agar aku mampu memperbaiki diri untuk menjadi teman yang terbaik untuk kalian..
semoga ukhuwah kita mampu untuk menghadirkan diri setiap antara kita dalam doa masing-masing..
dan InsyaALLAH, doaku untukmu teman-teman...

Semoga muhasabah dan usahaku untuk memperbaiki tidak terhenti setakat hari ini...
kerna aku sedar bahawa aku hamba yang lemah.. yang sentiasa melakukan kesilapan..
dan hakikatnya, kita semua perlu sentiasa bermuhasabah untuk kita sentiasa memandang ke hadapan dan tidak mengulangi kesilapan silam...

Ya ALLAh tetapkanlah aku di jalan Mu..

sesungguhnya kita hanya merancang,
Allah yang menentukan...

Salam muhasabah...

Beramallah umpama kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah umpama kamu akan hidup seribu tahun lagi...

belajarlah dari setiap nafasmu dan syukuri setiapnya..

semoga sentiasa dalam redha ALLAH

wassalam..

No comments: