Friday, November 18, 2011

Jangan tanya saya

Assalamualaikum warahmatullah..

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
Kerana saya sudah berhias,
cuma perhiasan saya kelihatan sekadarnya,
atau mungkin tidak kelihatan,
kerana saya punya azam,
biarlah perhiasan saya untuk,
insan yang ditakdirkan untuk saya.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
saya berhias dengan fokus,
saya fokus pada perhiasan rohani,
biar cantik perhiasan akhlak,
melebihi perhiasan mata muda mudi,
kerana mereka punya hati,
risau kerana saya iman mereka semakin mati.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
hiasan saya cukup untuk mendidik diri,
manjauhi dan menjauhkan dari,
sifat riak dan takbur,
dek rasa cantik yang memburu hati.

Jangan tanya saya, kenapa saya tak berhias?
kerana saya sudah berhias,
Hiasan saya sebagai puteri,
Insan yang tercipta dari rusuk kiri,
yang jika kena perhiasannya,
merupakan sebaik-baik perhiasan duniawi.

Biarkan saya berhias,
dengan cara saya sendiri,
kerana saya tahu,
alangkah rugi, rugi, rugi,
berhias untuk semata-mata hidup duniawi,
jadi saya serahkan kepada Ilahi,
dalam doa agar dilindungi,
dari tipudaya perhiasan cantik yang sementara ini.

No comments: